Erti Kemerdekaan Malaysia Negaraku

Number of View: 5930

Malaysia

Apakah yang dapat kukatakan?

la merupakan tanah tumpah darahku

la merupakan rumahku

la adalah Negaraku

Tempat yang akan kuingat selama-lamanya

Tidak dapat kukatakan apa-apa buruk tentangnya

la amat sempurna

Tiada peperangan

Yang hanya kudapat lihat ialah keharmonian

Walaupun di tengah hutan belantara

Dari kemerdekaan kita

Kita berkembang menjadi masyarakat yang boleh dibanggakan

Masyarakat harmoni

Masyarakat berilmu

Masyarakat teknologi dan terutamanya

Masyarakat penyayang

Malaysia mencipta banyak kejayaan

Yang amat bermakna bagi rakyatnya

Berdirinya teguh dan tinggi Menara berkembar PETRONAS

Terbentang luas KLIA

Setiap tahun rakyat

Menonton perlumbaan F1 di litar Sepang

Koridor Raya Multimedia

Pencetus masyarakat yang kaya dengan teknologi

Kami masyarakat yang disanjung tinggi

Kami patuh kepada Rukunegara

Kami sentiasa ingat pemimpin-pemimpin bangsa

Yang menjadikan kita masyarakat yang kita hari ini

Dan yang pasti tidak boleh dilupakan

Negara kita Malaysia

Ditulis oleh:
Allan Suman Pillai
Timbalan Pendakwa Raya
Negeri Perlis

You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Erti Kemerdekaan Malaysia Negaraku”

  1. sharir samad says:

    tahniah tuan

Leave a Reply


Powered by WordPress and WordPress Themes, thanks to Live Jasmin

Videos, Slideshows and Podcasts by Cincopa Wordpress Plugin