AKU SEORANG TPR…KEDAYAN

Number of View: 6081

Saya merupakan generasi ketiga keluarga saya yang berasal dari Kampung Satap, sebuah kampung kecil di daerah Bekenu, Miri Sarawak. Bekenu terletak kira-kira 50 minit dari Bandar Miri, Sarawak.

Penduduk di daerah Bekenu adalah 80% berbangsa Kedayan, termasuk keluarga saya. Agak janggal sebenarnya mengakui sedemikian, kerana saya sendiri bukanlah berdarah Kedayan asli. Sebagai permulaan, saya adalah hasil perkahwinan campur orang Melaka (bapa) dan orang Sarawak (ibu) yang mewariskan darah Kedayannya kepada saya. Dilahirkan dan dibesarkan di Sarawak sepenuhnya, saya membesar dengan mengenali bangsa Kedayan ini sebagai bangsa dan asal usul keturunan saya.

Maskot Bandar Bekenu : Buah Saw

Tahukah anda tentang Bangsa Kedayan?

Secara amnya, bangsa Kedayan (juga disebut Kadayan) merupakan salah satu bangsa yang menetap di Kepulauan Borneo (Sabah, Sarawak dan Brunei). Di Sabah, kebanyakan mereka berada di daerah Sipitang, Labuan, Beaufort dan Kuala Penyu. Di Sarawak, kelompok mereka boleh ditemui di Lawas, Limbang, Bintulu (Nyalau) dan Miri terutama di Bekenu dan Sibuti. Bahasa yang digunakan ialah Bahasa Kedayan (“bahasa de facto” Brunei). Agama bagi orang Kedayan ialah Islam.

Asal-Usul Bangsa Kedayan

Menurut sejarah, bangsa Kedayan merupakan bangsa campuran Orang Jawa dan Masyarakat Melayu Brunei . Ini berikutan peristiwa Sultan Brunei Ke-5 iaitu Sultan Bolkiah (1473-1521) yang rajin singgah di tanah nusantara seperti di kepulauan Jawa, Sumatra, Kalimantan dan termasuklah di tanah Filipina. Semasa di tanah Jawa, Baginda dapat melihat aktiviti orang Jawa yang rajin bercucuk tanam dan berpadi dan mereka ini dikenali dengan “jadi bertanam” (hasil tangan mereka yang banyak membuahkan hasil), maka Baginda segera menawarkan mereka untuk menetap di Brunei.

Setelah di Brunei banyak aktiviti pertanian dibuat dengan giat dan banyak hasilnya lalu Baginda memberikan hadiah. Di sinilah bermulanya ikatan pertalian dan persaudaraan orang Jawa melalui perkahwinan campur dengan Masyarakat Melayu Brunei sehingga pada masa kini bangsa Kedayan masih banyak menetap di Daerah Temburong, Tutong, Belait dan Brunei dan Muara (Jerudong), Brunei Darussalam. Dari sana, mereka ini kemudian berpindah-rendah dan ada yang menetap di Sabah dan di Sarawak.

Bahasa Kedayan

Bahasa Kedayan merupakan satu kelainan daripada bahasa Melayu. Berikutan taburan kelompok bangsa ini yang luas (di seluruh kepulauan Borneo) tidak semua bahasa Kedayan ini sama bahkan ada juga perbezaaan dari segi maksud atau sebutan. Walaupun begitu, kebanyakan orang Kedayan boleh memahami masing-masing kerana asal yang sama. Asas bahasa Kedayan hanya terdiri daripada 18 huruf, seperti berikut:

3 vokal, iaitu a, i, dan u;
15 konsonan, iaitu b, c, d, g, h, j, k, l, m, n, p, s, t, w, dan y.

Kecuali dipengaruhi oleh bahasa Melayu yang dipelajari oleh orang-orang Kedayan sebagai lingua franca, vokal o dan e hampir tidak wujud dalam perbendaharaan kata bahasa Kedayan. Umpamanya:

besar = basaa
otak = utak
kota = kuta.

Vokal o hanya wujud sebagai gandingan kepada konsonan r, umpamanya taloo untuk ‘telur’, dengan o berfungsi sebagai konsonan gantian. Konsonan bahasa Melayu yang ditinggalkan oleh bahasa Kedayan ialah f, q, r, v, z ( x tidak wujud dalam abjad bahasa Melayu). Bagaimanapun, ketinggalan konsonan r merupakan satu huruf paling nyata. Bergantung kepada bunyi dan gandingan huruf, perkataan bahasa Kedayan akan berbunyi seperti berikut:

r = aa; umpamanya besar = basaa
r = ii; pandir = pandii
r = oo atau r = uu; telur = taloo atau taluu
r = ing
air = aing.

Kecuali ketika mengikut dasar sistem ejaan bahasa Melayu yang menetapkan bahawa semua perkataan pinjaman perlu sedapat-dapatnya mengekalkan bunyinya, bahasa Kedayan hanya menggunakan 18 huruf yang tersebut.

Rumit, bukan? Saya sendiri jarang (hampir kepada tidak) menggunakan bahasa Kedayan sebagai bahasa pertuturan ketika di rumah. Ya, fakta yang menyedihkan. Bahkan bahasa ini hanya didengar ketika saya pulang ke kampung asal keluarga kami, Kampung Satap. Namun, walaupun dengan ‘vocabulary’ yang amat terhad, berikut adalah contoh-contoh ayat-ayat yang biasa digunakan (yang sering saya dengar):

“malas ku tok ingau” maksudnya : ‘malas saya nak peduli’
“patang banar tu ari” maksudnya : ‘gelap betul hari itu’ (seperti senja atau hari hendak hujan)
“aku kan ka kadai” maksudnya : ‘saya nak ke pasar/kedai’
“hujan ghai-ghai/bhai-bhai” maksudnya : ‘hujan rintik-rintik’
“Antaie/antaii” maksudnya : ‘sekejap tadi’

Adat-istiadat orang Kedayan : Makan Tahun

Perlu diingatkan, berikutan perpecahan kelompok Kedayan ini di Sabah, Sarawak dan Brunei, tidak semua adat istiadat bangsa ini sama. Oleh itu, saya hanya akan memfokuskan satu adat di daerah Bekenu yang pada saya unik kerana ia hanya diraikan di daerah Bekenu sahaja. Adat ini dinamakan adat “Makan Tahun”. Jika Sabah sinonim dengan Tadau Kaamatan atau Sarawak dengan Hari Gawai, maka Bekenu sinonim dengan Makan Tahun. Seperti Pesta Kaamatan dan Hari Gawai, konsep Makan Tahun juga agak serupa.

Makan, dalam konteks bahasa Kedayan ialah makan atau makan-makan atau ringkasnya kenduri. Tahun pula bermaksud tahun. Jadi “Makan Tahun” ialah Majlis Kenduri Tahunan. Dalam adat Kadayan, Makan Tahun itu wajib dilaksanakan setahun sekali bagi tiap-tiap kampung iaitu selepas selesainya menuai padi. Cuma bezanya Makan Tahun dipenuhi dengan upacara tahlil dan doa memandangkan bangsa Kadayan ini beragama Islam. Ia berbentuk kemasyarakatan.

Satu kampung akan bergotong royong menyediakan segala kelengkapan baik berupa beras, ayam, daging ataupun lauk pauk yang lain. Mereka juga akan menjemput tetamu dari kampung-kampung lain. Sambutan Makan Tahun ini tidak serentak, maksudnya jika ada 20 kampung dalam satu daerah, setiap daerah itu akan Makan Tahun pada hari yang berlainan.

Foto : “mungkus kalupis”

Tiap-tiap tetamu yang datang selepas selesai menjamu selera akan dibekalkan ondeh-ondeh atau buah tangan berbentuk makanan berupa sekudi kalupis, wajik dan pinyaram sebagai tanda terima kasih. Menurut cerita orang tua-tua, ondeh-ondeh ini juga sebagai pengalas perut dalam perjalanan balik, kerana suatu ketika dahulu kampung-kampung Kedayan ini terpisah jauh di antara satu sama lain dan perjalanan boleh memakan sehari suntuk. Namun sekarang ia menjadi adat pelengkap.

Apa yang unik ialah, Makan Tahun biasanya akan disambut pada sekitar bulan Mei dan Jun, sama seperti Tadau Kaamatan dan Hari Gawai. Saya dimaklumkan oleh pakcik saya di Bekenu, pada masa ini sudah bermula ‘panggilan-panggilan’ (maksud : jemputan-jemputan) untuk Makan Tahun untuk tahun ini.

Makanan tradisional

Dari sudut makanan pula, tradisi berzaman masyarakat Kedayan ialah masakan Daging Payau (Rusa) , Pais ikan, Salai Berubut (Perut), Sambal Tahai, (Buah)Tarap muda masak lemak, Nasi Kebuli, dan banyak lagi. Masakan-masakan ini merupakan masakan asli dan agak berbeza daripada masakan masyarakat Melayu yang lain walaupun ianya menggunakan bahan dan resepi yang hampir serupa. Selain itu terdapat juga masakan dari tumbuhan hutan yang dimasak seperti humbut hanibung (umbut nibung) atau humbut piasau(kelapa) yang disapak (digaul) dengan ikan masin begitu menyelerakan semasa makan tengah hari. Kadang-kala makanan ini juga dihidang semasa kenduri-kendara.

Foto : Kalupis, Buah Tarap

Begitu juga halnya dengan kuih-kuih tradisional di mana orang Kedayan lebih popular dengan bingka dadak kubal chacha, gatas, wajik, kuripit ubi kayu, pinyaram, kuih cincin, bahaulu, sasagun dan jelurut. Kalupis paling sinonim dengan bangsa Kedayan kerana ia makanan yang WAJIB ada, tidak kira di majlis apa. Bahkan saya pernah mendengar semasa di berada di Pasar Bekenu dahulu : orang yang paling mahir membuat kalupis (kelupis) ialah orang Kedayan!

Budaya

Budaya kehidupan Kadayan tidak jauh bezanya dengan budaya Melayu kerana pengaruh Islam. Hal perkahwinan, pertunangan, kematian, kelahiran, masuk jawi,dan sebagainya hampir sama dengan budaya Melayu terutama Melayu Sarawak. Cuma dalam pembahagian harta pusaka agak mirip kepada budaya Minang tetapi berbeza. Dalam budaya Kadayan apabila seseorang lelaki itu meninggal dunia harta pusaka tidak terus dibahagikan kepada anak-anak mereka tetapi akan dijaga oleh si ibu sehingga kematiannya. Selepas si ibu meninggal dunia baharulah harta pusaka tersebut di bahagikan mengikut hukum syarak. Saya tidak pasti adakah ini masih diamalkan berikutan asimilasi dan adaptasi Melayu/Islam yang lebih menonjol pada zaman ini dalam budaya kami.

Dalam seni permainan, dikalangan bangsa Kadayan, gasing merupakan permainan yang paling dikenali selain Kuhit, Cerangin dan Paning-paningan (Yoyo Kadayan). Dikalangan kanak-kanak pula terdapat permainan Main Jadi, Pelapi, Simban, Gusti Daun Duyan, Sumpit Lada, Main Sinapang dan Kayu Tiga (berdasarkan pengalaman pakcik penulis masa kecil-kecil dahulu).

Satu perkara menarik yang mesti diketahui tentang kanak-kanak Kedayan terutama yang masih tinggal di kampong-kampung asal seperti di Hunai, Bungai, Kelulit, Satap dan lain-lain, mereka semua mahir “benanang” (berenang). Ini kerana perkampungan Kedayan pada kebiasaan akan berada di tepi sungai dan sungai adalah satu ciri utama yang masih ada dalam kehidupan di kampong Kedayan.

Foto : pemandangan dari Bekenu Esplanade (tebingan sungai Pasar Bekenu)

Bangsa Kedayan ialah bangsa yang masih kekal dengan adat mereka biarpun kini ramai anak-anak Kedayan sudah mula keluar dari kampung dan bekerja di bandar dan ada juga yang menjawat jawatan-jawatan penting di dalam sektor awam mahupun swasta. Pengekalan bahasa serta adat-adat ‘simple’ yang sudah menjadi sebahagian daripada cara hidup seperti yang saya sebut di atas adalah usaha untuk mengekalkan budaya bangsa Kedayan. Bahkan apa yang saya sebut seperti makanan tradisi kami ini sebenarnya adalah ‘common sight’ jika anda ke Pasar Bekenu atau tika bertandang ke rumah anak Kedayan di sana.

Cukup setakat ini tinta saya tentang bangsa Kedayan. Terlalu banyak info yang ingin saya kongsi namun memadailah ini sebagai mukadimah untuk mengenali bangsa ini dengan lebih dekat. Ini juga pengalaman untuk saya kerana ada antara info di sini baru diketahui lewat kajian untuk artikel Apapun, walaupun bukan ‘pure blood’, saya bangga menjadi sebahagian daripada bangsa ini dan tidak keterlaluan kiranya jika saya katakan setakat ini hanya saya seorang TPR yang datang dari Daerah Bekenu…maka saya seorang TPR Kedayan (maaf jika info ini silap). Kiranya ada yang berminat untuk tahu lebih lanjut tentang keindahan bangsa ini, boleh layari di laman web :

http://darahkedayan.blogspot.com/

Selamat Makan Tahun!

Disediakan Oleh :
Nur Nisla Binti Abd Latif
Timbalan Pendakwa Raya
Sarawak.

You can skip to the end and leave a response. Pinging is currently not allowed.

29 Responses to “AKU SEORANG TPR…KEDAYAN”

  1. arbad says:

    Syabas kepada anda kerana mampu memperkenalkan bangsa Kedayan. Saya tidak sabar menunggu artikel lanjut (sekiranya ada..)

  2. farez says:

    tahniah..satu artikel yang betul-betul ke arah konsep 1 malaysia…tahniah sekali lagi…

  3. supiani says:

    semoga jd TPR berbangsa kedayan yg berkaliber…

  4. ikhdiana says:

    interesting article..simple and sweet..

  5. LAM346 says:

    Artkel yang baik. Walau apa pun,saya ingin berkongsi bersama nama buah tarap(bahasa kedayan)disebut sebagai buah pedalai dalam bahasa iban.

  6. sally says:

    salam..saya seorang perantau yg berasal dr Kpg Satap, walaupun tidak mngenali anda tp sy teruja sekali membaca perihal Kedayan..lebih2 lagi asal usul kedayan yg saya sndiri pn x brp tau..tahniah

  7. mukhriz says:

    Terbaik..its so informative…Selamat Makan Tahun…

  8. svetlana says:

    interesting. banyak bangsa & kaum yg perlu kita kenali di negara ini. Understanding the ‘uniqueness’ of all Malaysian builds stronger “1 MALAYSIA”. What we have in common unite us all, e.g Aku juga seorang TPR.. ;)

  9. norsagarwati says:

    interesting…..bleh tambah knowledge salah satu bangsa di Malaysia

  10. irwan says:

    salam, ramai juga saudara kami di sebelah miri..sila la berkunjung ke Sipitang (Kg Naparan)

  11. miming says:

    ayah saya sempat bertanya tentang asal usul kedayan kepada seorg tua kedayan yang lahir mungkin akhir tahun 1890an.masa tu ayah saya 20-an.sekarang dia dah meninggal.
    orang tua tu kata kami ni/kedayan dari majawa.peristiwa tu berlaku akhir 1950-an

  12. Zie says:

    bna kh org satap tok???

  13. Anonymous says:

    No 12 > Yup. Cucuk Sjn Lamat bin Duak. Rami bala kmk masih ada di Satap & Hunai. :)

  14. Nisla says:

    No 12 : Asal, Satap. Nektok diam di Luak. Rami bala kmk masih ada di Satap & Hunai.

  15. Mohd Suhaidi Salleh says:

    Salam.

    Satu artikel yang amat berguna untuk menambah pengetahuan. Saya bercadang untuk mengetahui lebh lanjut. TQ

  16. charlotte says:

    Thanks for some good thoughts there. I am kind of new to online , so I printed this off to put in my file, any better way to go about keeping track of it then printing?

  17. Anonymous says:

    Awesome post.

  18. jdin says:

    saya mengajar di sk tawakal satap…asal selangor…

  19. mohamad Abdullah Hj Jamin says:

    Thanks for the historical research for our community Kedayan which I myself is keen to get more detail of my roots.

    To my knowledge, our community is a well accepted among other races in the country and neighbouring countries.

    My father hail from Peliau and my mother is from Bungai, however, me and my other siblings were brought up in Lutong, Miri.

  20. Anis says:

    As a Bruneian barutah saya tahu ada jua bngsa kedayan di kepulauan borneo. i thought dusun bisaya and murut saja yg bngsa etnic Brunei yg ada d luar Brunei. Good to know though..

  21. Anonymous says:

    bettualah kita tok o..mek pn ank kedayan juak bahhh!!!!……

  22. Zakaria B Lani says:

    Tahniah…bukan sanang kan ngankat bangsa sendiik

  23. yusof says:

    bhaaaa…. klu asanya kamu atu kedayan… batutuan Kedayan bha kita.come, joint me @ GENERASI MELAYU KEDAYAN MIRI. kita bersatu k!

  24. Kertini Lamat says:

    Hello Nisla.

    I bumped into your contribution by chance. I was actually looking for certain materials for my own blog about the places I been to when I was growing up such as the old Miri Hospital, Miri Ferry service back in the 70’s, Kampung Luak and so forth. It’s no easy task I must say with limited resources even via this open access. I must applause you for this handy information about our Kedayan background. However, I must highlight one fact that needs my father (your grand dad’s) confirmation, as far as I know, the your grand dad’s sibling are residing at Kpg Hunai, Bekenu and I believed they were born there too. As far as my recollection does not fail me. Kpg Satap used to be a big area now divided into respective kampung that include Kpg. Hunai. Maybe we can clear the air when we meet the old man in the future :) ? Anyway, helpful contribution to those who knows nothing or little about one side of our blood.

  25. sofri says:

    satu bahasa yang unik..saya beruntung mewarisi keturunan ini.

  26. SOFIA says:

    AKU PUN KADAYAN JUA, DRI PAPAR SABAH. TERIMA KASIH DENGAN MAKLUMAT INI. MEMANG BANAR KALI, MOYANG KU PUN NAMANYA ADA KEJAWAAN IAITU ARWAH JALUDIN BIN RADIN BERASAL DARI DARI BRUNAI. BERHIJRAH KE BORNEO PADA TAHUN 30 AN..

  27. ain says:

    aku kdayan dri bekenu.. kampng tnjung bungai.. ermm aku tgah mcri info sal kedayan untuk buat assngmnt.. aku kan prsnt sal kaum kta dan keunikan bahasa kta.. krana amai yang ndak thuk sal kdayan nk.. thanks kerana smua information yg aku perlu kan ada di blog nk.. :)

  28. nie says:

    padian kita banyak bah lai sampai ka nyalau

  29. Andy chang, says:

    aku org iban di Nyalau.dari damit lagi becampur dgn kaum kedayan..sama2 sekolah,sama2 membasar..di nyalau tuk,kebanyakan semua dangan ku kanal tuk,lagi2 bapak ku semua org kedayan di nyalau kanal ia.aku nik membasar kebanyakan nyak becampur dgn kedayan bah di kampung,ada juak dikit2 adat kedayan nik yg ku tauk.orng kedayan nik baik2 bah,sanang bacampur..terkanang ku masa damit2 bianik,masa sekolah diKuala Nyalau,banyak kanangan disana bah…seronok becampur dgn kaum kedayan nik….

Leave a Reply


Powered by WordPress and WordPress Themes, thanks to Live Jasmin

Videos, Slideshows and Podcasts by Cincopa Wordpress Plugin