PELANTIKAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM: PEWUJUDAN SUATU HUBUNGAN KONTRAKTUAL YANG UNIK DAN ISTIMEWA

Number of View: 2797

PELANTIKAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM: PEWUJUDAN SUATU HUBUNGAN KONTRAKTUAL YANG UNIK DAN ISTIMEWA

Pelantikan seseorang individu dalam perkhidmatan awam mewujudkan suatu bentuk hubungan kontraktual yang unik dan istimewa dengan Kerajaan. Terma perkhidmatan dan kelakuan seorang pegawai awam adalah tertakluk kepada undang-undang, peraturan-peraturan dan pekeliling-pekeliling yang dikeluarkan oleh Kerajaan dari masa ke semasa sepanjang beliau berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

Perkara ini telah diiktiraf oleh Mahkamah Tinggi dalam kes Government of Malaysia v Rosalind Oh Lee Pek Inn [1973] 1 MLJ 222 di mana Yang Arif Hakim Suffian FJ  dalam penghakimannya menyatakan seperti yang berikut:-

“I should add that the contract between a public servant such as the plaintiff and the government is of a very special kind, for as was stated by Ramaswami J at page 1894 when delivering the judgment of the Indian Supreme Court in Roshan Lal v. Union of India AIA [1967] SC 1889:

It is true that the origin of Government service is contractual. There is an offer and acceptance in every case. But once appointed to his post or office the Government servant acquires a status and his rights and obligations are no longer determined by consent of both parties, but by statute or statutory rules which may be framed and altered unilaterally by Government … The hall-mark of status is the attachment to a legal relationship of rights and duties imposed by the public law and not by mere agreement of the parties.”

Prinsip yang diketengahkan dalam kes Government of Malaysia v Rosalind Oh Lee Pek Inn [1973] 1 MLJ 222 di atas telah disahkan (“affirmed”)  oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Abdul Aziz Mohd Alias v Timbalan Ketua Polis Negara, Malaysia & Anor [2010] 3 CLJ 643 dan juga telah dirujuk dalam beberapa kes Mahkamah Tinggi antaranya Maheswari a/p Kartigesu v YB Menteri Kewangan Malaysia & Anor [2004] 2 MLJ 180, Zalida Hanim Zakaria & Ors v Kementerian Kewangan Malaysia & Ors [2015] 1 LNS 424 dan di Mahkamah Rayuan dalam kes Tan Sri Nordin Kardi & Anor v Abdul Hakim Mohamed & Other Appeal [2016] 1 LNS 482.

Selain itu, seseorang pegawai awam juga adalah terikat dengan perkara yang diperuntukkan di bawah undang-undang, peraturan-peraturan dan pekeliling-pekeliling yang terpakai kepadanya dan tidak boleh terlepas daripada tanggungjawab atas alasan mereka tidak mempunyai pengetahuan berhubung dengan perkara tersebut. Hal ini telah diperjelas oleh Yang Arif Hakim Mahkamah Persekutuan Zulkefli Makinudin dalam kes Abdul Aziz Mohd Alias v Timbalan Ketua Polis Negara, Malaysia & Anor [2010] 3 CLJ 643 yang memutuskan seperti yang berikut:

“[12] It is also to be noted that the 1993 Regulations is a federal law and duly gazetted under P.U.(A) 395. As it is a law duly gazetted, the public are deemed to have notice of the same. Therefore in our view in the present case the appellant as a public officer dismissed from service pursuant to reg. 28(1) of the 1993 Regulations is presumed to know of his rights under the 1993 Regulations. On this point useful reference may be made to s. 18(2) of the Interpretation Acts 1948 and 1967 (“the Interpretation Act”) which states:

18(2) Publication in the official Gazette of Malaysia shall constitute sufficient notice of any matter required to be published in the Gazette by or under any federal law or required to be published in the Sabah Government Gazette or the Sarawak Government Gazette by or under any enactment of those States which has been declared to be a federal law.:”

Berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang diputuskan dalam kes-kes di atas, boleh dirumuskan bahawa seorang pegawai awam bukan sahaja hendaklah mematuhi undang-undang, peraturan-peraturan dan pekeliling-pekeliling yang dikeluarkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa tetapi juga mempunyai kesedaran akan hak dan kewajipan sebagai seorang pegawai awam. Pematuhan sepenuhnya kepada undang-undang, peraturan-peraturan dan pekeliling-pekeliling yang berkenaan oleh setiap pegawai awam adalah penting selaras dengan slogan “Berkhidmat Untuk Negara” yang menjadi teras utama dalam perkhidmatan awam dan mencerminkan imej perkhidmatan awam yang cemerlang di mata rakyat.

Disediakan oleh :

Kogilambigai A/P Muthusamy
Unit Perkhidmatan, Bahagian Penasihat
9 Ogos 2016

You can skip to the end and leave a response. Pinging is currently not allowed.

Leave a Reply


Powered by WordPress and WordPress Themes, thanks to Live Jasmin

Videos, Slideshows and Podcasts by Cincopa Wordpress Plugin