Apakah Pas IMM 13?

Number of View: 69983

Pengenalan

Pas IMM 13 merupakan suatu pas lawatan yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia mengikut peruntukan Peraturan 11 Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

Sejarah

Pada awal tahun 1970-an, pergolakan politik dan agama tercetus di selatan Filipina. Susulan daripada pergolakan tersebut, ramai warganegara Filipina yang beragama Islam lari ke Sabah dan Labuan untuk memohon perlindungan. Beberapa skim penempatan pelarian telah diwujudkan oleh kerajaan di Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Semporna dan Labuan bagi tujuan di atas.

Memandangkan pelarian-pelarian ini tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri dan dokumen perjalanan yang sah, kerajaan telah mengambil suatu langkah untuk mengiktiraf kehadiran pelarian-pelarian ini dengan meminda Perintah Pasport (Pengecualian) (No. 2) 1966 menerusi Perintah Pasport (Pengecualian) (No. 2) (Pindaan) 1972.

Menerusi pindaan tersebut, satu perenggan baru telah dimasukkan di bawah perenggan (j) dalam Jadual (Perenggan 2) Perintah Pasport (Pengecualian) (No. 2) 1966 iaitu:

“Persons exempted from section 2 and section 3 of the Passports Act, 1966.

(k) Any national of the Republic of the Philippines entering Sabah other than by a vessel of an international shipping or air line, who satisfies the Minister that his entry is in the interest of Sabah.”

Pindaan di atas berkuatkuasa mulai 12 September 1972 dan selepas itu, pas lawatan HIF22 telah dikeluarkan kepada pelarian-pelarian tersebut dengan bayaran RM20.00 untuk sahlaku selama setahun. Pas tersebut boleh dilanjutkan dari setahun ke setahun.

Pengeluaran pas tersebut bertujuan membantu pemantauan kumpulan pelarian-pelarian tersebut memandangkan mereka berbeza dari kumpulan pekerja-pekerja asing dan juga pendatang-pendatang tanpa izin.

Pas lawatan HIF22 kemudiannya telah ditukar format kepada pas lawatan sosial IMM 13 dengan bayaran RM90.00 untuk sahlaku selama setahun. Pas tersebut juga boleh dilanjutkan dari setahun ke setahun. Pembaharuan pas tersebut selari dengan cadangan pihak Refugees Commission of the United Nations yang mengambilkira keadaan di negera asal pelarian-pelarian tersebut yang tidak membenarkan mereka untuk dihantar pulang.

Siapa yang layak memegang pas IMM 13?

Pada dasarnya, pelarian-pelarian dari Filipina yang masuk ke Sabah dan Labuan antara tahun 1972 hingga 1984 layak memegang pas tersebut. Selain itu, anak-anak pelarian yang memiliki sijil lahir (sama ada ibu atau bapa adalah pemegang pas IMM 13) juga layak memohon pas IMM 13 bagi membolehkan mereka tinggal bersama ibu bapa mereka di Sabah dan Labuan.

Prosedur permohonan

(i)            Pemohon perlu hadir ke pejabat Imigresen untuk membuat permohonan dengan mengemukakan sijil lahir asal yang telah disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

(ii)          Ibu atau bapa yang memiliki pas IMM 13 perlu hadir bersama pemohon dengan mengemukakan pas IMM 13 yang asal.

(iii)         Sekiranya ibu atau bapa yang memiliki pas IMM 13 telah meninggal dunia, pemohon perlu membawa salinan asal sijil kematian dan pas IMM 13 ibu atau bapa mereka yang telah disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

Kemudahan yang diterima

Pemegang IMM 13 dibenarkan tinggal di negeri Sabah dan Labuan mengikut tempoh yang dinyatakan dalam pas. Pemegang pas IMM 13 juga boleh  bekerja di negeri Sabah dan Labuan tanpa perlu memohon pas kerja (tetapi bukan untuk bekerja dalam sektor profesional dan perkhidmatan awam). Mereka juga berhak untuk menerima pendidikan dan perkhidmatan kesihatan mengikut budi bicara pihak-pihak yang berkenaan.

Sumber:          

1) Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah
2) http://www.lawnet.com.my
3) http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2011/10/10/imm13-documents-not-issued-to-illegal-immigrants-says-nazri/
4) http://thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=/2010/7/27/nation/6740955

 

Oleh:
 Afzan binti Abd Kahar, Timbalan Pendakwa Raya, Sabah

You can skip to the end and leave a response. Pinging is currently not allowed.

16 Responses to “Apakah Pas IMM 13?”

  1. gerry h. says:

    Saya adalah pemegang pas imm.13,.saya mengalami masalah dalam pembaharuan pas saya ini..setahu saya pas.imm 13 ini tidak boleh ditukar kepada pas pekerja..tetapi pihak imigresen di tempat saya mengatakan bahawa pas imm.13 saya adalah pas pekerja..saya berasa hairan dengan kenyataan mereka.Boleh kah tuan memperjelaskan lagi mengenai perkara ini?Saya juga tidak pernah memegang pas imm.13 saya yang asal kerana pihak imigresen telah kehilangan pas saya pada waktu saya membuat pembaharuan pada tahun 2000..sehingga sekarang saya hanya memegang salinan pas tersebut.

    Sekian Terima Kasih

  2. hanna says:

    Saya ingin mengetahui apakah prosedur yang perlu dipatuhi oleh seorang pemegang IMM13 sekiranya dia ingin berkahwin dengan seorang warganegara?

  3. Anonymous says:

    bestnya pegang imm13 nie..

  4. melly says:

    saya pemegang imm13 saya ada anak saya tdk di benr kn sekolah kerajaan. kpd pihak yg perihatin tolg.kmi kluarga yg ssah

  5. Anonymous says:

    Salam. Masalah saya begini, saya ada sulat lahir dan saya ingin memohon pas IMM 13, tetapi saya dah tak mempunyai ibu bapa. Mereka telah meninggal sewaktu saya kecil. Mereka di timpa kemalangan. Saya di besarkan oleh nenek saya. Tetapi nenek saya meninggal selepas setahun kemudian, saya tinggal dengan pak cik saya sekarang. Saya memohon pas IMM 13, tapi mereka minta ibu bapa saya datang, macam mana tu? saya dah cakap ibu bapa saya telah pun meninggal. Harap sangat tuan memberi pertimbangan kepada jenis macam saya.

  6. rozana says:

    Pemegang imm13 inginkan perpaduan dan kesejahteraan d bumi yg bertuah ini, dan tidak skali kali menyokong keganasan sampai bila2,peace no war…

  7. YONG says:

    BOLEH TAK PMGAMG PASPORT IMM 13 DATANG KE SEMENANJUNG

  8. Nell says:

    jika tiada apa apa dokumen yang sah termasuk sijil lahir boleh tak memohon IMM 13

  9. fazlina says:

    sya fazlina pmgang imm 13.sya ingn brtnya apakah imm 13 akan kekal dan tidak akan di tukar lagi???

  10. JimmyKalamaddin says:

    Assalamuaikum & salam 1Malaysia… saya harap ada yang membaca luahan seorang anak pelarian ini… saya di lahirkan di Telisai, Jln Tungku, Lahad Datu dan memegang sijil lahir selama lebih 20 tahun sebelum dapat memegang pengenalan diri yang sah iaitu imm13… Setelah 4 tahun saya menyambung pas lawatan (sosial) ini, tahap kesedaran saya terhadap kewarganegaraan semakin kukuh… Saya tahu orang tua saya adalah pelarian Filipina namun anda mungkin tidak tahu ramai anak pelarian yang tidak pernah ke Filipina di Sabah yang seperti saya tersepit di antara kedua-dua buah negara. Dan mungkin seperti saya juga, mereka tertanya-tanya; “Dimanakah sebenarnya negara saya?” Di Filipina, saya tidak tahu bertutur bahasa, tidak tahu mana nak bermula dan sudah separuh usia berlalu. Di Malaysia pula, rasa sangat terasing. Kos pembelajaran dan rawatan jauh lebih tinggi dari yang lain. Ketidakmampuan belajar meyebabkan mendapat pekerjaan yang rendah pendapatan. Pendapatan yang rendah menyebabkan kehidupan yang susah… Oleh itu, demi darah dan keringat saya yang telah menitis membasahi bumi Malaysia ini saya minta pihak yang berkenaan tolonglah berikan saya atau kami (anak imm13 yang tidak pernah pulang ke Filipina) kewarganegaran kerana seperti anda juga, saya memikirkan kebaikan masa depan anak-anak saya. Sekian, terima kasih.

  11. Izam says:

    Saya b’umur 20 lhir dan tinggal di Sabah serta mempunyai sijil lhir yg sah.. pd akhir bulan jun 2013, saya tlah m’dpat klulusan p’mohonan m’buat pas lawatan sosial imm13.. tpi yg dbrikn kpd saya passport dan perlu m’dpat jaminan dri majikan serta dkenakn byrn rm600 stahun.. tiada cara lain ke untuk saya m’dptkn imm13? Saya b’hrap mohon bantuan dri pihak tuan puan..

  12. uzair says:

    Salam satu malaysia mcm mna ya mahu dapat mm 13 call me jai0138890750 untuk tunang saya saya org bumi putra

  13. uzair says:

    Mcm mna ya nk dpt imm 13 untuk isteri sya plzzz cll me 0138890750

  14. Azam says:

    Assalamualaikum
    Sy seorg pekerja Goverment.ingin bertanya tentang imm13.
    Sy sdh berkahwin dgn isteri sy pemegang imm13.skrg sy mempunyai ank seramai 3 org.adakah sy dan ank sy boleh menjamin isteri sy utk menukar imm13 ke MYPR.Bagaimanakah Cara nya.? Harap Perjelaskan terima kasih..

  15. anne says:

    Hi,
    Saya ada beberapa sepupu yang tidak mempunyai apa2 keterangan diri cuma surat lahir sahaja. Tetapi datuk kami dan ayah saya mempunyai kad pengenalan diri yang sah. Bagaimana saya ingin membantu mereka?

    Terima Kasih

  16. anna says:

    Assalamualaikum… sy ingin bertanya adakah imm13 boleh memohon MyPR? Jikalau boleh.. bagaimana caranya?

Leave a Reply


Powered by WordPress and WordPress Themes, thanks to Live Jasmin

Videos, Slideshows and Podcasts by Cincopa Wordpress Plugin