Jenis-Jenis Perceraian (Talaq) Dalam Islam

Number of View: 21948

cUlama’ telah bersepakat bahawa ikatan perkahwinan akan tamat dengan adanya lafaz talaq sama ada dengan bahasa Arab atau lain-lain, dan sama ada dengan lafaz atau dengan tulisan atau dengan syarat, secara soreh atau secara kinayah.[1] Talaq pada umumnya boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu talaq rajcie dan talaq ba’in.

 2.5.1        Talaq Secara Soreh dan Kinayah

Talaq secara lafaz soreh berlaku apabila suami melafazkan talaq dengan menggunakan perkataan tertentu seperti ‘talaq’, ‘firaq’, atau ‘sarah’ tanpa memerlukan niat suami.[2]

 Manakala talaq secara kinayah atau kiasan pula iaitu talaq yang lafazkan oleh suami yang boleh membawa makna talaq atau sebaliknya, seperti perkataan ‘kamu dilepaskan’ ‘kembalilah kepada keluargamu’ dan sebagainya. Lafaz yang dibuat secara kinayah ini memerlukan niat suami iaitu sama ada ingin menceraikan ataupun sebaliknya.[3]

 2.5.2        Talaq Rajcie dan Talaq Ba’in

Talaq rajcie adalah talaq yang suami berhak merujuk kembali isterinya kepada hubungan perkahwinan tanpa perlu kepada caqad perkahwinan yang baru selagi isteri yang diceraikan itu masih berada dalam ciddah walaupun isteri tidak meredainya. Sekiranya habis ciddah, maka talaq rajcie bertukar menjadi ba’in. Oleh itu, suami tidak berhak merujuk isterinya melainkan dengan caqad yang baru.[4] Talaq ba’in dibahagikan kepada dua iaitu talaq ba’in sughra[5] dan talaq ba’in kubra[6].

Talaq ba’in sughra berlaku apabila suami melafazkan cerai sebelum melakukan persetubuhan yang hakiki. Selain itu talaq ba’in sugra juga berlaku apabila berlakunya tebus talaq (khuluc), talaq yang dijatuhkan oleh Qadi (fasakh) dan juga ilaa’.[7] Manakala talaq ba’in kubra pula berlaku apabila suami menceraikan isteri dengan 3 talaq sama ada dijatuhkan secara berasingan ataupun sekali lafaz dengan tiga talaq.[8] Kepelbagaian jenis talaq yang disyaricatkan ini jelas menunjukkan keunikan dan kesempurnaan serta keadilan Islam berbanding agama-agama lain demi menjamin kemaslahatan setiap pasangan dalam sesebuah perkahwinan tersebut.

2.5.3        Perceraian dalam Peruntukan Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia

Peruntukan mengenai perceraian di kalangan pasangan beragama Islam turut di peruntukkan dalam Akta dan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam di setiap negeri. Mengikut pengamalan perundangan Islam di Malaysia, pembubaran perkahwinan boleh berlaku melalui pelbagai cara iaitu talaq, tacliq, khuluc, fasakh dan lican[9]

 i)          Perceraian Secara Talaq

Perceraian secara talaq berlaku apabila kedua-dua pihak suami dan isteri bersetuju untuk bercerai secara baik, atau suami membuat keputusan untuk menceraikan isteri dengan lafaz talaq. Perceraian jenis ini perlulah dibuat permohonan terlebih dahulu di Mahkamah dan didaftarkan untuk direkodkan. Perceraian secara talaq ini di peruntukkan dalam Akta /Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri-negeri.[10]

ii)         Perceraian Secara Tacliq

Tacliq didefinisikan mengikut Undang-undang Keluarga Islam sebagai lafaz perjanjian yang dibuat oleh suami selepas caqad nikah.[11] Pengamalan perundangan Keluarga Islam di Malaysia mengklasifikasikan perceraian secara tacliq berlaku apabila suami melanggar tacliq yang dibuat olehnya semasa upacara caqad nikah. Amalan tacliq ini walaupun tidak wajib mengikut hukum Syarac, tetapi ia boleh diterima pakai berdasarkan kepada persetujuan kedua-dua pihak. Hal ini dihujahkan oleh Hakim Tan Sri Mohamed Azmi dalam kes Fakhariah bte Lokman lawan Johari bin Zakaria.[12] Lafaz tacliq yang dibuat oleh suami semasa upacara caqad nikah ini berbeza mengikut negeri. Peruntukan perceraian secara tacliq ini turut dinyatakan di dalam Akta /Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri-negeri.[13]

iii)        Perceraian Secara Khuluc

 Perceraian secara khuluc merupakan salah satu alternatif perceraian yang turut diperuntukkan di dalam Undang-undang Keluarga Islam yang diamalkan di Malaysia.[14] Perceraian secara khuluc boleh berlaku dengan penawaran oleh pihak isteri untuk bercerai dengan suaminya dengan menawarkan sejumlah wang atau harta sebagai pampasan. Perceraian berlaku dengan lafaz talaq oleh suami apabila dia bersetuju dengan pampasan tersebut. Perceraian jenis ini juga termasuk dalam kategori talaq ba’in sughra, oleh itu ia tidak boleh dirujuk.

iv)        Perceraian Secara Fasakh 

Fasakh merupakan pembubaran perkahwinan melalui kuasa yang diberikan kepada Hakim (judicial decree). Walaupun hak untuk memohon fasakh terpakai kepada kedua-dua suami dan isteri, namun secara amalannya hak fasakh diberikan kepada isteri memandangkan suami mempunyai hak untuk melafazkan talaq. Perceraian secara fasakh boleh berlaku apabila hakim memutuskan untuk memfasakhkan perkahwinan tersebut dengan alasan yang boleh memudaratkan pihak-pihak dalam perkahwinan tersebut dan ia tidak dapat diselamatkan lagi. Peruntukan mengenai fasakh ini turut dinyatakan di dalam undang-undang Keluarga Islam negeri-negeri.[15]

v)         Perceraian Secara Lican

Perceraian secara lican berlaku apabila suami menafikan anak yang dilahirkan oleh isterinya atau anak di dalam kandungan isterinya sebagai anaknya, atau menuduh isterinya berzina dengan lelaki lain tetapi tidak dapat membuktikan melalui penyaksian empat orang saksi.[16] Maka apabila pihak-pihak tersebut (suami dan isteri) telah mengangkat sumpah dengan cara lican, mengikut hukum Syarac di hadapan Hakim Syarcie, maka mereka akan difaraqkan. Kesannya kedua-dua pihak tidak boleh rujuk kembali atau berkahwin semula. Peruntukan mengenai lican turut diperuntukkan dalam Undang-undang Keluarga Islam negeri-negeri. [17]

 
Oleh:

 

 

 

Sofian binti Ahmad
Pen. Penasihat Undang-undang (Syariah)
Pejabat Penasihat Undang-undang Kelantan.


[1] Syaltut Muhammad dan Al Sayis, Muqaranah al Mazahib, Dar al-Kutub, Beirut, hlm., 104-108.

[2] Taqiyuddin Abi Bakr b Muhammad al Hussaini, Kifayatul Akhyar, Dar al Macrifah, Mesir, T.t, hlm., 52.

[3] Wahbah Al Zuhaili, Al Fiqhu al Islami Wa Adillatuhu, Dar al Fikr, Damsyik, 1997, Jilid 9, hlm., 6899.

[4] Wahbah Al Zuhaili, Al Fiqhu al Islami Wa Adillatuhu, Dar al Fikr, Damsyik, 1997, Jilid 9, hlm., 6955.

[5] Ba’in sughra iaitu keadaan dimana suami tidak mempunyai hak untuk merujuk kembali isterinya kecuali dengan caqad dan mahar yang baru. (Ibid.)

[6] Ba’in kubra iaitu keadaan di mana suami tidak mempunyai hak untuk merujuk kembali isterinya atau bernikah dengan caqad yang baru kecuali setelah isteri yang diceraikan itu berkahwin dengan lelaki yang lain secara sah dan suami itu menyetubuhinya dan kemudian lelaki itu menceraikannya atau meninggal dunia.(Ibid. hlm., 6956).

[7] Ibid., hlm., 6957-6959.( Ilaa’ berlaku apabila suami bersumpah untuk tidak menyetubuhi isterinya dalam satu tempoh masa yang tertentu dan dia tidak menyetubuhi isterinya dalam tempoh tersebut).

[8] Ibid., hlm., 6959.

[9] Seksyen 2 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 mentakrifkan lican sebagai sesuatu pengataan yang dibuat oleh seseorang lelaki dengan bersumpah mengikut Hukum Syarac bahawa isterinya telah melakukan zina.

[10] Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Sembilan (2003), Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan (1984), Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor (2003), Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Melaka (2003).

[11] Seksyen 2, Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Sembilan (2003), Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan (1984), Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Melaka (2003).

[12] Jurnal Hukum, 1994, 69, hlm.,70.

[13] Seksyen 50, Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Sembilan (2003), Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan (1984), Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Melaka (2003).

[14] Seksyen 49, Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Sembilan (2003), Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan (1984), Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Melaka (2003).

[15] Seksyen 53,  Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Sembilan (2003), Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan (1984), Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Melaka (2003).

[16]Al Syarbini, Shamsuddin Muhammad bin Muhammad Khatib, Mughni al Muhtaj, Darul cilmiyyah, Beirut, 2000, Jilid 3, hlm., 367,382.

[17] Seksyen 51, Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Sembilan (2003), Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan (1984), Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Melaka (2003).

[1] Syaltut Muhammad dan Al Sayis, Muqaranah al Mazahib, Dar al-Kutub, Beirut, hlm., 104-108.

2 Taqiyuddin Abi Bakr b Muhammad al Hussaini, Kifayatul Akhyar, Dar al Macrifah, Mesir, T.t, hlm., 52.

3 Wahbah Al Zuhaili, Al Fiqhu al Islami Wa Adillatuhu, Dar al Fikr, Damsyik, 1997, Jilid 9, hlm., 6899.

4 Wahbah Al Zuhaili, Al Fiqhu al Islami Wa Adillatuhu, Dar al Fikr, Damsyik, 1997, Jilid 9, hlm., 6955.

5Ba’in sughra iaitu keadaan dimana suami tidak mempunyai hak untuk merujuk kembali isterinya kecuali dengan caqad dan mahar yang baru. (Ibid.)

6 Ba’in kubra iaitu keadaan di mana suami tidak mempunyai hak untuk merujuk kembali isterinya atau bernikah dengan caqad yang baru kecuali setelah isteri yang diceraikan itu berkahwin dengan lelaki yang lain secara sah dan suami itu menyetubuhinya dan kemudian lelaki itu menceraikannya atau meninggal dunia.(Ibid. hlm., 6956).

7 Ibid., hlm., 6957-6959.( Ilaa’ berlaku apabila suami bersumpah untuk tidak menyetubuhi isterinya dalam satu tempoh masa yang tertentu dan dia tidak menyetubuhi isterinya dalam tempoh tersebut).

8 Ibid., hlm., 6959.

9 Seksyen 2 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 mentakrifkan lican sebagai sesuatu pengataan yang dibuat oleh seseorang lelaki dengan bersumpah mengikut Hukum Syarac bahawa isterinya telah melakukan zina.

10 Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Sembilan (2003), Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan (1984), Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor (2003), Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Melaka (2003).

11Seksyen 2, Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Sembilan (2003), Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan (1984), Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Melaka (2003).

12Jurnal Hukum, 1994, 69, hlm.,70.

13 Seksyen 50, Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Sembilan (2003), Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan (1984), Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Melaka (2003).

14 Seksyen 49, Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Sembilan (2003), Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan (1984), Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Melaka (2003).

15 Seksyen 53,  Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Sembilan (2003), Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan (1984), Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Melaka (2003).

16Al Syarbini, Shamsuddin Muhammad bin Muhammad Khatib, Mughni al Muhtaj, Darul cilmiyyah, Beirut, 2000, Jilid 3, hlm., 367,382.

17 Seksyen 51, Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Sembilan (2003), Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan (1984), Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Melaka (2003).

You can skip to the end and leave a response. Pinging is currently not allowed.

4 Responses to “Jenis-Jenis Perceraian (Talaq) Dalam Islam”

  1. maslindah bte md isa says:

    assalamualaikum…..

    saya ingin bertanya tentang penceraian….
    pada malam sebelum dia lafazkan dia ada bersama saya dan ketika dia melafazkan saya dalam keadaan tidak bersih ia itu saya belum mandi hadas jimak.pagi sebelum suami sy keluar kerja,suami saya ader melafazkan “kau berambus dari rumah nie aku benci tengok muka kau” dan dia juga ader menyebut kau nak aku ceraikan kau ke?”atau kau nak aku gantung tak bertali biar hidup kau terseksa”…gara2 saya dapat tahu dia ada hubungan dengan perempuan lain…saya izinkan walaupun saya tahu suami saya tidak berkemampuan dari segi kewangan….bila dia pulang dari kerja saya tanya dia..betul ke niat awak nak lepaskan saya tapi dia kata dia dalam keadaan marah dan tegang bila kekasih dia tinggalkan dia jadi dia tidak sengaja melafazkan..kalau awak pergi macam mana dengan saya dan anak2……jadi saya ingin bertanya adakah talak itu sudah jatuh dan sah dari segi undang2 islam….??dan apa yg patut saya lakukan skrang maksud nya andai talak itu sah?bolehkah saya bersama suami dan suami saya berniat “aku nak bersama kau kembali”tolong bantu saya, saya ingin tahu kedudukan saya sekarang….

  2. fiaharun says:

    Assalamualaikum..

    Saya ingin tanya tentang mslh yg saya hadapi sekarang..saya mahu tahu kedudukan saya.pada 5/8/2012 suami saya telah menghantar pesanan ringkas “kalau ma benci duk ngan abg,ckp je..abg sanggup lepaskan ayang,kalau itu yang ayg nak..tak payah nak bercerita kat 1 dunia mslh kita..”.mesej yg kedua:”ayg jangan nak hilangkan diri,ingatan ke..abg xjumpa ayang masa berbuka puasa ni..abg dengan fikiran yang tenang,akan ceraikan ayang dengan talak 1 kalau abg tak dapat jumpa ayang masa maghrib nanti”.

    Saya meminta jasa baik pihak Tuan/Puan untuk membantu saya.Sekian Syukran Jazillan,Wassalam.

  3. tengku says:

    Assalamualaikum.sy ingin bertnya.ape yg perlu sy bt dgn isteri sy yg stiap hr minta cerai.brlaku pergaduhan kecil blh kami selesaikn.sy bnyk kali minta maaf dan memujuk untuk berbaik demi masa depan kluarga.tp stiap kali sy mintk maaf dlemparkn kata2 yg tidak spttnya.sy tidak ingin berpisah kerana sy terlalu sygkn kluarga sy ini.dr segi nafkah semua xde mslh.teguran sy yg kasar mmbtkn sy dn isteri bergaduh.ape yg perlu sy bt?sy xnk berpisah.

  4. sue says:

    assalamualaikum,sy ingin btanya apa jatuh talak sekiranya suami dlm keadaan terlalu marah …suami sy ada mngidap penyakit misteri selama sethn lebih. di mana 2 hari sebelum dy melafazkan talak 3 thadap sy dy btul2 mcm org hilang kawalan smpaikan mghantar sy kerumah adik sy pd tgh malam..keesokkn arinya dabg ipar sy ada mngatakan bahawa dy bckp sendirian tuk bjmpe dgn sy..apabila smpai d rumah adik sy dy mnjerit2 dan slpas itu dy mula melafazkn aku ceraikan ko dgn talak 3 dlm keadaan marah yg tak tkawal…kami amat mnyanyangi antara 1 sama lain.

Leave a Reply


Powered by WordPress and WordPress Themes, thanks to Live Jasmin

Videos, Slideshows and Podcasts by Cincopa Wordpress Plugin