Liabiliti Produk Kecantikan: Analisis Mengenai Mangsa (Wanita)

Number of View: 7917

Abstract

Pada era teknologi terkini dan membangun, wanita kini lebih mementingkan keterampilan diri yang lebih menarik kerana ingin lebih berkeyakinan, ditambahkan wanita yang kebanyakkannya berkerjaya. Untuk tampak cantik dan berketerampilan lebih anggun dan menarik, produk kecantikan digunakan oleh wanita bagi mendapatkan hasil yang dapat memuaskan kehendak hati wanita yang menginginkan kecantikan. Namun, sikap obsesses wanita terhadap kecantikan kini dilihat semakin memudaratkan dan membahayakan wanita itu sendiri kerana kandungan bahan kimia yang terdapat didalam produk kecantikan itu bukan sahaja boleh menyebabkan raut wajah bertambah hodoh malahan boleh mengakibatkan kematian.  Maka dengan itu, topik ini akan mengupas mengenai penggunaan produk kecantikan dan undang-undang yang bertanggungjawab keatas pengawalan produk kecantikan. Analisis terhadap mangsa produk kecantikan juga akan dikaji dan diteliti. Kajian akan lebih tertumpu kepada produk kecantikan seperti produk kecantikan pelansingan badan, botok dan juga beberapa produk kecantikan yang disahkan mengandungi bahan kimia membahaya.

Pengenalan

Pada masa kini terdapat pelbagai isu yang berkaitan dengan kecantikan dan kesihatan terutamanya di kalangan wanita. Fenomena ini bukan sahaja melanda kaum wanita dinegara ini, malahan kaum wanita diseluruh Negara. Tidak ada wanita didunia ini yang tidak mahu kelihatan cantik, wanita akan melakukan apa sahaja demi memperolehi kecantikan yang diimpikan. Namun, kecantikan sebenar meliputi banyak perkara dan bukan tertumpu kepada kecantikan fizikal sahaja. Kecantikan itu sendiri merupakan sesuatu yang subjektif dan mempunyai maksud tersendiri mengikut individu.

Kecenderungan kaum Adam dalam memilih pasangan hidup yang cantik juga turut mendorong wanita begitu mementingkan kecantikan. Walaupun terdapat garis panduan untuk memilih wnita yang sesuai sebagai isteri dalam islam, namun mereka tidak begitu mengikutnya. Kebanyakkan mereka akan mudah terpikat dengan wanita yang cantik dan bergaya. Perubahan cara hidup turut mengubah cirri-ciri seseorang wanita yang ingin dijadikan isteri.

Mutakhir ini banyak kedengaran isu-isu mengenai produk kecantikan yang mengandungi bahan-bahan kimia yang boleh memudaratkan penguna yang mengunakan produk kecantikan tersebut. Produk Kecantikan yang mengandungi bahan terlarang ini bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan individu yang mengunanya malahan boleh menyebabkan kematian. Isu produk pelansingan yang beracun, halal atau haram tentang kaedah moden kecantikan seperti suntikan botox, suntikan vitamin C dan pembedahan kosmetik. Produk kecantikan dilihat dijual secara meluas tanpa pengesahan kementerian Kesihatan mengenai bahan-bahan kimia yang digunakan.  Penguna yang terdiri daripada wanita terutamanya tidak didedahkan dengan bahaya dan risiko penggunaan

Maksud Kecantikan/cantik

Kualiti yang dimiliki oleh seseorang individu atau barang yang memberikan suatu perasaan suka dan kepuasaan yang mendalam kepada minda seseorang dengan mengunakan pancaindera sama ada dengan cara melihat, memegang dan sebagainya. Ianya juga merupakan suatu reka bentuk atau corak yang mempunyai kualiti yang jelas dan nyata.

Takrifan wanita

Wanita dimaksudkan sebagai “seorang perempuan dewasa” mengikut Akta Orang Dewasa 1971, “dewasa” boleh ditakrifkan sebagai “seorang yang telah mencapai umur 18 tahun”. Justeru itu panggilan ‘wanita’ itu merujuk kepada seseorang perempuan yang telah mencapai umur 18 tahun.

Wanita dan kecantikan

Sering kali didengari bahawa wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan bagaikan isi dan kuku. Malahan, wanita yang tidak mementingkan kecantikan dianggap sebagai bukan wanita sejati. Perkataan “wanita” berasal daripada bahasa Sanskrit yang membawa maksud ‘sesuatu yang sukar dilepaskan’ yang mana amat bersesuaian dengan naluri seorang wanita itu sendiri yang tidak boleh melepaskan kecantikan sebagai sebahagian daripada hidup.

Wanita hari ini sanggup berbelanja tinggi dan berhabisan wang dalam jumlah yang banyak demi untuk mencantikkan wajah mereka agar sentiasa kelihatan muda. Wanita tidak pernah puas dengan kecantikkan yang dimiliki, adalakala seseorang wanita itu sudah cukup sempurna ciptaannya tetapi masih merasa serba kekurangan diatas penampilan diri. Atas rasa tidak kepuasan itu, maka timbul pelbagai rawatan mencantikkan wajah yang di buat oleh sesetengah pihak termasuklah menyediakan rawatan yang popular di kalangan wanita hari ini adalah termasuk produk kecantikan yang merangkumi suntikan botox, pembedahan plastik dan juga pelbagai produk pelansingan badan. Kesemua produk-produk kecantikan yang diperkenalkan ini dikatakan mampu merubah bentuk wajah dan badan yang diinginkan dan didambakan bagi setiap wanita.

Penggunaan kosmetik di kalangan wanita merupakan suatu yang lumrah. Pelbagai jenis kosmetik wujud di pasaran bagi memenuhi tuntutan kaum wanita. Selain itu, peniaga turut menawarkan bermacam-macam jenis perkhidmatan yang berunsurkan kecantikan. Malahan ada juga mengadakan perkhidmatan pembedahan kulit dan penggunaan bahan tertentu untuk tujuan ini. Namun pengunaan produk kecantikan yang kini berleluasa tanpa sebarangan kawalan boleh memberikan kesan sampingan yang memudartkan. Pekara ini tidak begitu disedari oleh para pengguna kerana ia tidak didedahkan kepada mereka apabila ingin mengambilnya.

Wanita Islam

Agama  Islam  menentang kehidupan yang bersifat kesengsaraan dan menyeksa diri, sebagaimana yang telah diamalkan oleh sebahagian  dari pemeluk agama lain . Agama Islam juga mengesa  ummatnya  untuk  selalu  kelihatan cantik dan berketerampilan   dengan   cara   sederhana dimana ianya tidak berlebih-lebihan. Bahkan Islam menganjurkan di saat  hendak mengerjakan  ibadat,  supaya  berhias diri disamping menjaga kebersihan dan kesucian tempat mahupun pakaian.

                Allah swt. berfirman:

“. pakailah pakaianmu yang indah pada setiap  memasuki) masjid …” [1]

 Apabila Islam sudah menetapkan hal-hal yang  indah,  baik  bagi lelaki  mahupun  wanita, tetapi terhadap wanita, Islam lebih memberi  perhatian  dan   kelonggaran,   kerana   fitrahnya, sebagaimana  dibolehkannya memakai kain sutera dan perhiasan emas, dimana hal itu diharamkan bagi kaum lelaki.

Walaupun sesetangah perkara yang dianggap baik pada manusia,  tetapi membawa  kerosakan  dan  perubahan  pada tubuhnya, dari yang telah diciptakan oleh Allah swt, dimana perubahan itu  tidak layak  bagi  fitrah  manusia. Oleh itu, perbuatan tersebut dilarang. sebagaimana sabda Nabi Muhammad saw.:

“Allah melaknati pembuatan tatto, yaitu menusukkan jarum ke kulit dengan warna yang berupa tulisan, gambar bunga, simbol-simbol dan sebagainya; mempertajam gigi, memendekkan atau menyambung rambut dengan rambut orang lain, (yang bersifat palsu, menipu dan sebagainya).” (Hadis shahih).

Sebagaimana riwayat Said bin Musayyab, salah seorang sahabat Nabi  saw.  ketika Muawiyah berada di Madinah setelah beliau berpidato,  tiba-tiba  mengeluarkan  segenggam  rambut   dan mengatakan,  “Inilah  rambut  yang dinamakan Nabi saw. Azzur yang artinya  atwashilah  (penyambung),  yang  dipakai  oleh wanita  untuk menyambung rambutnya, hal itulah yang dilarang oleh Rasulullah saw. dan  tentu  hal  itu  adalah  perbuatan orang-orang Yahudi. Bagaimana dengan Anda, wahai para ulama, apakah kalian tidak melarang  hal  itu?  Padahal  aku  telah mendengar   sabda  Nabi  saw.  yang ertinya,  ‘Sesungguhnya terbinasanya orang-orang Israel itu  karena  para  wanitanya memakai itu (rambut palsu) terus-menerus’.” (H.r. Bukhari).

Nabi saw.  menamakan  perbuatan  itu  sebagai  suatu bentuk kepalsuan, dan  juga merupakan sebahagian daripada tipu muslihat.

Bahaya Penggunaan Produk Kosmetik
Pengenalan
 
Produk kosmetik bermaksud apa-apa bahan atau persediaan yang dicadang untuk digunakan atau dikatakan sebagai boleh digunakan ke atas beberapa bahagian luaran tubuh badan manusia (epidermis, sistem rambut, kuku, bibir, organ genital luaran dll) atau ke atas gigi dan membran mukosa di dalam rongga mulut, bagi membersih, mewangi, memperbaiki/ mengubah atau mencantikkan kulit muka dan /atau menghilangkan bau badan, dan /atau menghindar atau menjaga dalam keadaan yang baik.

Empat ribu tahun yang lalu, orang Mesir merupakan manusia pertama menggunakan krim pelembap yang mengandungi plumbum karbonat. Manakala wanita Rom menggunakan keladak arak merah sebagai gincu bibir.[2] Jika dilihat dari segi sejarah apa yang didapati sejak dahulu lagi manusia menggunakan pelbagai jenis ramuan asli atau bahan kimia dalam pemprosesan barangan komestik. Ini termasuklah tanaman herba, lemak haiwan dan menggunakan bahan-bahan kimia tertentu. Sehingga kini penggunaan alatan komestik masih diragui keselamatan kepada pengguna.

Barangan komestik merupakan sebahagian daripada barangan dandanan diri wanita. Kebiasaannya barangan komestik disimpan dirumah malah merupakan sebahagian barangan utama yang sentiasa dibawa dalam beg tangan wanita. Alat komestik merangkumi pelbagai barangan termasuk barangan penjagaan rambut, mekap mata dan muka, bedak, gincu, minyak wangi dan sebagainya.

Disebabkan potensi kemalangan jiwa dan risiko kesihatan akibat komestik kerajaan telah mengubal undang-undang bertujuan mengawal produk komestik dalam pasaran. Pelaksanaan ini dapat dicapai melalui pendaftaran produk komestik dan pelesenan syarikat yang memasarkan keluaran tersebut.

Semua pengeluar dan pengimport barangan komestik diwajibkan mendaftar barangan mereka supaya dapat dikenal pasti kandungan bahan-bahan yang digunakan. Ini bagi memastikan barangan tersebut bukan sahaja sesuai untuk kecantikan tetapi selamat untuk digunakan. Setiap satu barangan ini mempunyai kandungan bahan kimia yang berbagai. Walaupun secara amnya barangan ini dianggap selamat, kehadiran bahan kimia tertentu boleh memberikan kesan mudarat apabila tersalahguna.

Walaupun secara amnya barangan ini selamat digunakan namun kehadiran ini selamat digunakan namun kehadiran bahan kimia tertentu boleh memberikan kesan memudaratkan apabila tersalah guna. Oleh itu, nama kandungan bahan kimia yang tercatat pada label merupakan maklumat yang berguna kepada doktor untuk memudahkan rawatan dikendalikan jika berlakunya keracunan.

  1. a.      Barangan penjagaan muka

Kajian membuktikan bahawa wanita Asia mengemari krim pemutih berbanding wanita Eropah. Ini tidak menghairankan kerana sejak dulu kulit putih dianggap symbol kecantikan dan kejelitaan seseorang wanita. Di Jepun misalnya, wanita Geisha menggunakan bedak khas untuk memutihkan muka mereka. Kini ada pelbagai losyen dan krim pemutih di pasaran, tetapi amalan penggunaan krim pemutih perlu berhati-hati kerana jika tidak dilakukan dengan sempurna boleh menyebabkan penyakit kanser.

Pada hakikatnya, krim pembersih dan pemutih muka yang digunakan boleh merosakan kulit akibat daripada terdapatnya bahan aktif berbahaya seperti hidrokuinon, raksa dan sebagainya.

b.      Barangan penjagaan rambut

 i.               Syampu

Syampu mengandungi bahan pencuci antaranya trietanolamin dedesilbenzin sulfonat, etanolamin laurik asid, pewangi dan air. Kandungan agen penambah contohnya selenium dan resorsinol dalam sediaan anti kelumumur, bahan pengawet lain yang dirumuskan dalam syampu tidak begitu tinggi dan boleh menyebabkan keracunan kulit serta alahan pada kulit.

Sekiranya syampu yang digunakan terminum oleh penggunanya dalam beberapa ml, boleh menyebabkan pengguna merasa kerengsaan perut, mual dan muntah.

ii.             Bahan pelurus rambut

Bagi pengguna yang gemar untuk meluruskan rambut, bahan yang digunakan untuk meluruskan rambut adalah terdiri natrium hiroksida pada kepekatan satau hingga tiga peratus dengan nilai pH 13.

Bahan ini juga boleh menyebabkan iritasi atau radang pada kulit dan ianya boleh membakar sistem penghadaman terutamanya bahagian esophagus jika pengguna terminum.

iii.           Penyembur rambut

Untuk bahan penyembur rambut yang biasa digunakan untuk mengawal keadaan rambut ianya mengandungi sejenis alcohol yang berkepekatan sehingga 95 peratus dan boleh mengakibatkan seseorang itu mengalami pening kepala.

Barangan Wangian boleh menyebabkan kanser

Pengenalan

Hampir setiap produk kecantikan yang berkaitan dengan wanita mempunyai wangian seperti sabun, barangan kosmetik, syampu, pelembut kain, potpuri, penyembur rambut, kertas tisu, detergen, kertas tulis dan sebagainya. Tujuannya adalah untuk menghasilkan bau wangi pada si pemakai. Wangian yang digunaka juga akan menambahkan rasa keyakinan dan bersih kepada pemakainya. Namun, kebanyakan wanita tidak menyedari ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan.

Kandungan Wangian

Didalam mana-mana produk kecantikan termasuk wangian yang dipakai mengandungi bahan kimia sama ada asli atau sintetik dan pelarut yang bertindak sebagai media atau foundation yang terdiri daripada jenis petroleum seperti benzene, aldehid dan kimia toksik lain. Peratus kandungan kimia wangian adalah di antara satu sehingga 30 peratus dan ini bergantung kepada jenis produk yang digunakan.

Institut keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan mendapati daripada kesemua bahan kimia yang digunakan dalam perbuatan kosmetik, lebih separuh daripadanya adalah bersifat toksik.[3] Terdapat juga wangian jenis musk boleh memberikan kesan estrogen, neurotoksik dan karsinogen.  Mengikut kajian Penguatkuasaan Makanan dan Dadah, Amerika (FDA), bahan kimia semula jadi sperti alfa-terpineol, benzal asetat, benzal alcohol, limonin dan lionalol yang sering terdapat dalam komestik dadapati kerap memberikan kesan sampingan kepada pemakainya.[4]

Bahaya Kesihatan

Bahan-bahan kimia yang terkandung dalam wangian boleh menyebabkan kesan alahan, asma, kanser, kecacatan bayi didalam kandungan, keguguran, penyakit sistem saraf seperti Parkinson, Alzheimer dan lain-lain. Ia juga boleh memberikan kesan keracunan kepada manusia melalui pernafasan dan sentuhan kulit sama ada secara akut atau kronik.

Kesan keracunan akut biasanya disebabkan alahan seseorang terhadap kimia wangian tertentu, ada individu yang sangat sensitif dan menunjukkan tanda alahan walaupun terdedah dengan bau atau sapuan kecil. Terdapat juga individu yang tidak menunjukkan sebarang tanda keracunan akut walaupun terdedah pada dos yang tinggi. Keracunan kronik adalah disebabkan penggunaan yang berulang pada tempoh yang lama dan tanpa disedari sehinggalah muncul tanda keracunan.Produk yang memberi kesan langsung kepada sistem pernafasan adalah seperti penyegar udara, semburan wangian badan dan rambut, pengilat kuku dan pelarutnya serta lain-lain. Semburan, wap atau gas bahan kimia ini akan memasuki saluran pernafasan dan memberi kesan kepada bahagian hidung, tekak, paru-paru dan seterusnya ke bahagian anggota badan lain melalui sistem peredaran darah.[5] 

Isu suntikan Botox

Pengenalan

Botox merupakan hasil daripada toksin A botulinum. Ia merupakan toksin kepada system saraf badan. Suntikan botox merupakan satu larutan botulism dimana pada kebiasaannya akan disuntik kepada otot-otot muka untuk melumpuhkan atau melemahkan otot-otot secara sementara.Kaedah suntikan biasanya dilakukan mengunakan Picagari. Suntikan botox adalah protein semulajadi yang mana pada dos yang rendah ia mampu merehatkan otot–otot yang terlalu aktif dan menghapuskan masalah yang timbul di muka seperti kedut, kening jatuh dan sebagainya[6].

Sejarah Penemuan

Pada 1895, Emile Van Ermengem merupakan orang pertama yang menemui bacteria Clostridium botulinum iaitu gram positif bacteria yang mana boleh dikenalpasti melalui Teknik Perwarnaan Gram dengan mikroskop. Kemudian, pada tahun 1944, Edward Schantz telah mengkultur Clostridium botulinum dan mengasingkan toksin tersebut.. Justinus Kerner seorang ahli fizik German telah mengenalpasti bahawa toksin ini mempunyai potensi sebagai ejen teraputik. seterusnya pada 1949, Burgen’s group menemui bahawa toksin botulinum mampu memberi kesan pada system saraf. Pada 1950, toksin tersebut telah digunakan dalam eksperimen untuk bidang kosmetik perubatan.

Sekitar akhir 1960, kajian keatas toksin botulinum dilaksana untuk mencari penyelesaian bagi malah kesihatan yang berkaitan dengan system saraf. Pada 1989, FDA telah meluluskan penggunaan botox dalam kaedah merawat masalah otot mata seperti, blepharospasm, strabismus, mengerdip mata secara tak terkawal dan sebagainya.

Pada 2000, FDA juga telah meluluskan penggunaan botox untuk merawat masalah kesihatan disebabkan oleh pergerakan otot leher dan bahu berlebihan seperti cervical dystonia dan sebagainya. Botox dikeluarkan oleh sebuah syarikat farmaseutikal global yang khusus dalam modulator saraf (neuromodulator), penjagaan mata dan kulit iaitu Allergan Inc. di Irvine California.

Pada 15 April 2002, Allergan memperolehi kelulusan daripada FDA tentang penggunaan Botox dalam bidang kosmetik bagi merawat garisan pada muka terutama sekali yang terdapat diantara alis mata dan termasuk sekali otot muka yang berkenaan. Sejak itu, suntikan Botox mendapat tempat di hati pengguna dalam menyelesaikan masalah kecantikan di seluruh dunia kan pembedahan, kurang kesan sampingan, keberkesanan yang efektif dan kos yang berkemampuan.

Kesan sampingan suntikan botox

Suntikan botox menyebabkan pelbagai kesan sampingan yang tidak disedari oleh pengguna. Antaranya ialah sakit kepala, sakit perut, rasa seperti selsema dan boleh membawa maut jika dos berlebihan. Botox juga boleh menyerang saraf otot-otot pernafasan dan jantung yang mengakibatkan fungsinya terhenti dalam tempoh beberapa minit dalam dos yang berlebihan.

Beberapa pengguna bahan ini mengadu tentang rasa sakit di bahagian bekas suntikan. Terdapat juga yang merasakan bentuk alisnya tiba-tiba layu. Demikian juga rasa sakit kepala. Botox perlu mendapat preskripsi daripada doktor sebelum menjalani sebarang proses pengambilannya. Dos di luar ukuran biasa akan menyebabkan keracunan dan kesan yang berbahaya. Selain daripada itu, botox juga tidak boleh digunakan oleh semua orang. Di antaranya mereka yang alergi terhadap komponen toksin itu atau tidak boleh menerima suntikan seperti wanita hamil, ibu menyusu dan kanak-kanak di bawah 12 tahun. Penggunaan ubat-ubatan tertentu, seperti penghilang penyakit dan beberapa antibiotik, boleh menyebabkan kesan lebam pada bahagian suntikan tersebut yang adakalanya agak parah.

Terdapat juga ahli kecantikan tidak bertauliah dan tidak dilatih yang menawarkan khidmat botox ini. Oleh sebab mereka tidak terlatih, maka suntikan botox yang diberikan mengundang masalah seperti mata boleh jatuh dan bibir senget. Boleh juga berlaku pendarahan dan juga jangkitan kuman. Penggunaan Botox hanya sekadar melambat proses penampilan kedutan tersebut, tetapi tidak boleh menghentikan proses penuaan.

Pengharaman suntikan botox

Isu botox telah dibincangkan dan difatwakan oleh Jawantakuasa Fatwa (JKF) Majlis Kebangsaan Malaysia Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia.  JKF telah memutuskan bahawasanya suntikan Botulinum Toxin Type A atau nama komersialnya botox adalah haram digunakan kerana ia didapati mengandungi bahan-bahan yang meragukan dan bersifat najis.

Bagaimana isu utama yang menyebabkan ia menjadi haram pada pandangan syariah adalah kerana unsure najis dan kotoran di dalam bahan botox. Kajian mendapati botox atau Botulinium Toxin Type A antara lain mengandungi bahan daripada babi, selain wujudnya bahan tiruan yang boleh mendatangkan mudarat. Selain daripada itu, botox juga diharamkan kerana ianya merupakan suatu perbuatan yang mengubah ciptaan Allah S.W.T  dan perkara ini dilarang keras oleh Islam. Ini kerana alasan untuk membuat suntikan botox adalah untuk kelihatan cantik tidak dibenarkan walaubagaimanapun, jika ia dilakukan dengan tujuan perubatan akibat kemalangan dan kecacatan ianya adalah harus dilakukan.

Isu produk dan rawatan pelangsingan badan

Pengenalan

Kebanyakan wanita beranggapan bahawa tubuh yang langsing melambangkan kecantikan dan kejayaan seseorang individu. Dengan penampilan yang langsing itu dapat memberikan keyakinan apabila berhadapan dengan masyarakat umum.

Ubat pelangsingan badan ini diambil kerana keberkesanannya yang hanya mengambil masa selama 2 minggu untuk berat badanya turun 10 kilogram. Keinginan ini menyebabkan aspek lain seperti kandungan bahan keselamatan dan kesihatan diketepikan asalkan produk berkenaan mampu memberi kesan kepada penggunanya.  Keberkesaanan ubat pelangsingan badan ini tiada kajian yang saintifik diberikan untuk mengesahkan keselamatan penggunaannya. Pelbagai kajian telah dibuat dan menyatakan ubat pelangsingan badan yang semula jadi, sekurang-kurangnya mengambil masa lebih kurang 2 bulan ke 3 bulan untuk menunjukkan hasil. Bagi ubat-ubatan yang memberikan keberkesanan dalam tempoh yang begitu singkat ini mengundang banyak spekulasi terhadap kandungan bahan-bahan yang digunakan. Terdapat laporan menyatakan (Utusan Malaysia, Julai 2007) tiada pil pelangsing yang boleh menguruskan badan dalam tempoh singkat kecuali dicampur dengan bahan racun terlarang atau ubat berpreskripsi yang hanya boleh diberikan oleh doktor.[7]

Malahan, wanita yang obses dengan badan yang langsing, bukan sahaja mengambil ubat-ubatan pelangsingan badan tetapi turut mengunakan jalan pintas dengan membuat pembedahan Liposuction atau proses sedut lemak. Pada 26 Mac 2009, warga Malaysia dikejutkan dengan kematian seorang wanita yang membuat pembedahan tersebut, akibat daripada kematian tersebut serbuan telah dibuat terhadap pusat kecantikan tersebut dan menemui hampir 15 botol cecair steroid yang didapati tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Malahan, laporan yang dikeluarkan pada 3 Jun 2009, Harian Metro mendedahkan “serbuk sewel kurus badan”,  dimana satu produk menguruskan badan yang boleh mendedahkan pengguna wanita kepada risiko gila berikutan penemuan bahan kimia berbahaya sibutramine atau digelar ‘serbuk sewel’.[8]

Fungsi Ubat pelangsingan badan dan kesan-kesannya

Ubat pelangsingan yang telah serba maklum, adalah untuk menguruskan badan dan mendapatkan berat badan yang ideal dan berpadanan dengan seseorang individu agar nampak cantik dan bergaya serta berketerampilan. Kesan-kesan penggunaan ubat pelangsingan badan ini salah satunya akan menyebabkan penggunanya hilang selera makan. Ubat pelangsingan badan ini akan bertindak dengan meningkatkan paras kimia terutamanya serotonin dan dopamine yang akan merencatkan selera makan. Secara amnya pengambilan ubat pelangsingan badan yang mengandungi bahan tersebut boleh mengakibatkan insomnia, keresahan, keletihan, kemurungan, mulut kering, anoreksia, kekejangan pada kawasan perut, pening, masalah koordinasi, berpeluh, degupan jantung kencang, kerosakan hati dan masalah jantung.

Selain daripada itu, pengambilan ubat pelangsingan badan akan mengubah metabolism lemak badan dimana enzim lipase dari pancreas bertindak dengan memecah lemak dalam makanan dan menjadikannya molekul yang lebih kecil iaitu asid lemak dan gliserol dan sterusnya menyerap kedalam usus kecil. Ini dapat menghalang sebahagian enzim daripada bertindak memecah lemak dan seterusnya keluar dari badan melalui najis dan mengakibatkan pengawalan dalam berat badan. Pengambilan ubat yang mengandungi bahan tersebut akan menyebabkan kekejangan pada bahagian perut, gangguan usus atau lelehan najis berminyak. Ubat pelangsingan badan juga boleh menghasilkan haba (termogenesis). Ianya merupakan proses penghasilan haba melalui pembakaran kalori daripada lemak dan bahan yang terkandung didalam ubat pelangsingan badan ini adalah efedrin, kesan bahan ini akan bertambah dengan kehadiran kafein atau salisilat. Pengguna yang mengambil ubat pelangsingan badan yang mengandungi bahan tersebut akan mengalami tekanan darah, mempercepatkan insomnia, tremor dan ketegangan.

 Ubat pelangsingan badan turut dijadikan sebagai bahan pelawas (laxatives) yang mana ianya merangsang sistem penghadaman dan “mengosongkan” perut atau usus. Kesannya terhadap pengguna akan menyebabkan kekejangan dibahagian perut dan cirit-birit berpanjang serta menyebabkan kehilangan air.

Isu ubat-ubatan dan perubatan tradisional

Pengenalan
Isu-isu berkaitan dengan ubat-ubatan palsu samada secara tradisional atau tidak, semakin berleluasa. Kesan pengambilan ubat-ubatan palsu ini bukan sahaja bakal menjejaskan kesihatan penggunanya malahan turut membawa maut kerana kandungan bahan-bahan tersebut adalah tidak diiktiraf oleh Kementerian kesihatan Malaysia dan yang paling membimbangkan ianya terdiri daripada racun dan bahan kimia yang merbahaya.
 
Kini, enam hingga 10 peratus pasaran farmaseutikal dunia di dominasi ubatan tiruan. Daripada jumlah itu, 30 hingga 50 peratus penjualannya bertumpu di negara membangun. Tidak dapat dinafikan ubat tiruan sudah menjadi fenomena dalam industri farmaseutikal.  Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendefinisikan, ubat-ubatan tiruan sebagai ubat disengajakan pemalsuan supaya menyerupai keluaran asal. Pemalsuan itu termasuk jenama atau produk generik, ramuan yang betul dengan jenama salah, ramuan salah dengan jenama betul, kandungan ubat tanpa bahan aktif, kandungan ubat tanpa bahan aktif yang lengkap atau pembungkusan palsu.Justeru, sesiapa saja di dunia ini boleh terbeli ubat tiruan yang mungkin dibungkus menyerupai jenama asli. Atau mungkin dalam bentuk tablet sama dengan produk asli, tetapi tidak mengandungi ramuan yang betul.

Ditambah dengan faktor kawalan dan pelaksanaan undang-undang juga tidak cekap. Justeru, ubat tiruan adalah jawapan terbaik, walaupun sebenarnya pengguna juga langsung tidak sedar.
Di sebabkan semua faktor itu, ubat tiruan tidak terhad kepada makanan tambahan, malah merangkumi ubat antibarah, antibiotik, ubat untuk kolesterol, darah tinggi, hormon, steroid, malah ubat penahan sakit. Di mana Malaysia dalam lambakan ubat tiruan di pasaran negara membangun dan negara miskin? Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan, Ahmad Nozrin Taharin berkata, di negara kita semua ubat dibekalkan di semua hospital kerajaan datang daripada syarikat yang dikawal oleh kerajaan.
Apatah lagi, selain masalah ubat tiruan, di Malaysia wujud lambakan ubat-ubatan herba yang dihasilkan tanpa kajian dan ujian klinikal. Sama ada dalam bentuk tablet, kapsul dan pil ia turut dipromosikan sebagai makanan tambahan. Begitupun sejauh mana keberkesanannya pada pengguna turut dipertikaikan.

Ubat-ubatan yang dijual dipasaran pada masa kini, kebanyakkannya berbentuk untuk mendapatkan kesihatan dan kecantikan daripada dalaman, namun hakikatnya bukan kesihatan atau kecantikan yang diperolehi oleh pengguna tetapi risiko penyakit kronik dan juga masalah kesihatan lain.Pada 17 Januari 2010, pihak Kementerian kesihatan telah menjumpai sejumlah ubat-ubatan palsu di sebuah rumah milik kanak-kanak genius Adi Putra, dimana hasil analisis klinikal mendapati mengandungi steroid merbahaya dan bukan ramuan tradisional seperti tertera pada pelekat botol. Steroid sangat berbahaya kerana boleh mendatangkan kesan sampingan seperti reput tulang, tekanan darah tinggi, badan menjadi sembab, obesiti, kerosakan ginjal dan pelbagai lagi.[9]

 Di Malaysia, antara Januari dan Ogos 2007, ubat-ubatan yang tidak berdaftar dan dipalsukan bernilai kira-kira RM25.8 juta telah dirampas dalam serbuan di premis pengeluaran dan bakinya dirampas di pintu-pintu masuk negara[10].

Ubat-ubatan Tradisional

Isu ubat-ubatan palsu ini bukan sahaja terdiri daripada ubat-ubatan modern, tetapi turut meliputi ubat-ubatan tradisional. Ini jelas lagi terbukti, dimana Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan telah menyenaraikan produk atau ubat-ubatan tradisional yang dibatalkan pendaftarannya kerana bahan-bahannya terkandungan didalam ubat-ubatan tersebut didapati beracun dan dicampur palsu dengan bahan-bahan kimia merbahaya.

Pada, 11 Jun 2007, Utusan Malaysia melaporkan, kejadian enam mangsa mengalami muntah darah akibat memakan jamu Asam Urat mengandungi racun Phenylbutazone, racun dalam jamu itu boleh merosakkan hati, pendarahan dalam perut dan mengganggu jantung.

Terdapat beberapa beberapa amalan dalam perubatan tradisional yang kelihatan tidak praktikal dan menimbulkan keraguan.  Hasil daripada kajian yang pernah dilakukan mendapati bahawa perubahan kandungan sesuatu bahan aktif di dalam tumbuhan boleh berlaku dengan cepat iaitu diantara sejam sehingga tiga jam sahaja. Di dalam papver Somniferum misalnya, kandungan alkaloidnya berkurangan dengan banyaknya pada waktu siang.

Apa yang menjadi isu adalah didalam penyediaan bahan-bahan untuk ubat-ubatan dan perubatan tradisional ini. Ini kerana factor kebersihan tidak dititikberatkan. Gejala pencemaran berlaku bermula dari proses pengumpulan bahan-bahan mentah sehinggalah ke proses pembungkusan keluaran herba tersebut.

Undang-Undang di Malaysia

Berdasarkan kajian dan penelitian, di Malaysia tidak terdapat satu sistem perundangan yang khas diwujudkan dan digubal untuk  produk kecantikan. Namun begitu, kawalan produk kecantikan di Malaysia adalah dibawah seliaan Kementerian Kesihatan Malaysia. Dimana kesan-kesan penggunaan produk kecantikan yang merbahaya akan menjejaskan kesihatan penggunanya, dengan itu Kementeriaan Kesihataan merupakan badan penguatkuasa yang terbabit dengan isu atau permasalahan yang timbul daripada penggunaan produk kecantikan.  Kementeriaan kesihatan Malaysia telah menubuhkan satu badan penguatkuasaan yang dikenali sebagai Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan juga bahagian penguatkuasaan Farmasi untuk mengawal produk kecantikan yang dipasarkan. Undang-undang yang diperuntukan bagi produk kecantikan adalah merangkumi Akta Racun 1952, Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Pendaftaran Farmasi 1951, Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Komestik 1984 dan termasuklah Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan dan Kesihatan (MPSJ) 2007.

Kementerian Kesihatan memandang serius bahawa orang awam masih lagi membeli ubat-ubatan dan produk pemeliharaan kesihatan (health supplements) yang tidak berdaftar walaupun Kementerian telah berulang kali mengingatkan penggunaa supaya tidak membeli produk yang tidak berdaftar kerana buruk baiknya produk ini tidak pernah dinilai. Kerajaan telah menetapkan bahawa semua keluaran ubat-ubatan, produk pemeliharaan kesihatan dan kosmetik perlu didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) di bawah peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, Akta Jualan Dadah 1952, sebelum ianya dibenar dikilangkan, diimpot, dibekal atau dipasarkan.

Kesemua badan penguakuasan ,klinik-klinik dan Farmasi dikehendaki mempastikan hanya ubat yang berdaftar sahaja yang dijual atau dibekalkan kepada orang awam. Serbuan juga telah dibuat ke atas premis-premis yang disyaki menjalankan pangilangan tanpa lesen dan pembekalan keluaran tidak berdaftar. Adalah dilaporkan sekitar tahun 2004 keluaran tidak berdaftar bernilai RM20,623,112 telah dirampas oleh Cawangan-cawangan Penguatkuasa Farmasi, Kementerian Kesihatan di seluruh Negara berbanding dengan rampasan bernilai RM6,432,008 pada tahun 2003.

Kementerian Kesihatan mengambil tindakan undang-undang yang tegas keatas individu yang tidak bertanggungjawab membekalkan atau menjual produk yang tidak berdaftar. Penjualan dan pembekalan produk yang tidak berdaftar adalah satu kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan jika disabitkan kesalahan, individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000.00 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000.00 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan berikutnya. Syarikat yang terbabit boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000.00 untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM 100,000.00 untuk kesalahan berikutnya.

Sebagai contoh dari lapuran kesan advers seperti simtom-simtom Steven’s Johnson Syndrome yang dialami oleh beberapa orang pesakit yang dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak, Pegawai Penguatkuasa Farmasi Sarawak telah menjalankan siasatan dengan menemubual pesakit berkenaan. Menurut keterangan pesakit, kejadian kesan advers ini terjadi berikutan pesakit mengambil Ramuan Tradisional Asam Urat untuk melegakan sakit sendi. Siasatan lanjut dan analisa terhadap sampel produk yang telah diperolehi dari pesakit mendapati produk tersebut mengandungi Phenylbutazone, iaitu sejenis ubat NSAID (nonsteroidal anti Inflammatory drug) yang diharamkan penggunaannya di Malaysia. Orang awam yang menggunakan produk ini adalah terdedah kepada bahaya kesan sampingan Phenylbutazone seperti pendarahan dalam perut, kerosakan hati, buah pinggang dan organ-organ lain, mengganggu sistem jantung, sistem pernafasan dan ulser. Phenylbutazone juga boleh menyebabkan Steven’s Johnson Syndrome dengan ciri-ciri seperti kulit menggelupas, gatal dan kelihatan terbakar, pecah dan berdarah serta simtom-simtom seperti muntah, cirit birit, kencing berdarah,kerengsaan kulit , pening dan kabur penglihatan. Ramuan Tradisional Asam Urat ini dijual dengan tuntutan kononnya dapat memberi kesan cepat dan bagus untuk menghilangkan rasa sakit seperti sakit sendi dan sakit lutut.

Badan Penguatkuasa/Biro Pengawalan

 a.      Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (The National Pharmaceutical Control Bureau) (NPCB)

Produk kecantikan yang didaftarkan adalah dikawal dibawah Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan yang ditubuhkan pada bulan Oktober tahun 1978 dibawah Program Farmasi dan Pembekalan  kawalan kualiti Aktiviti. Institusi ini di wujudkan untuk memastikan kawalan kualiti pada produk farmasitikul.

Pada tahun 1985, NPCB diberikan tanggungjawab untuk memastikan kualiti dan keselamatan produk kecantikan dan kandungan ubat-ubatan melalui pendaftaran dan skim perlesenan. Dimana sebelum sesuatu lesen dikeluarkan dan produk didaftarkan, setiap produk-produk yang hendak dipasarkan akan melalui proses ujikaji dan ujian makmal bagi memastikan kandungan atau bahan-bahan yang digunakan adalah dijamin keselamatan dan penggunaannya. Sistem ujikaji ini direka dengan maklumat yang terkini dan merupakan diantara yang tercanggih diman setiap maklumat berkaitan dengan akan diperolehi dengan mudah melalui system yang dikawal oleh Biro ini

Disamping itu, NPCB juga dipertanggunjawabkan bagi mengendalikan kursus-kursus berkaitan dengan produk-produk kecantikan dan komestik dan kursus-kursus ini dikendalikan oleh pakar yang diimpor khas dari Negara Asean sebagai contoh Sri Lanka, Bangladesh, Myanmar, Mongolia dan Vietnam. Pada tahun 1996, NPCB telah diberi pengiktirafan diperingkat antarabangsa oleh World Health Organisation (WHO) sebagai “WHO Collaborating Centre for Regulatory Control of Pharmaceuticals”.

  a.      Persatuan kosmetik, dandanan diri dan haruman Malaysia (The Cosmetic,Toiletry and Fragrance Association of Malaysia) (CTFA) 

 Persatuan kosmetik, dandanan diri dan haruman Malaysia atau sebelumnya dikenali sebagai Pesatuan Pembuatan dan Import Komestik Malaysia ( ACMIN),  ditubuhkan sekitar tahun 1970, dimana kemudian nama pertubuhan telah ditukar kepada CTFA. Persatuan ini ditubuhkan untuk membentuk kepercayaan dan keyakinan didalam industry penjagaan dan sekaligus memastikan perturan-peraturan adalah mengikut sistem perundangan yang telah digariskan dan samatara dengan kehendak antarabangsa.Persatuan ini terdiri daripada 81 syarikat dari pembuatan dan pembekal produk kecantikan.

Objektif persatuan ini untuk memastikan kesan secara dinamik sebagai wakil kepada pihak kerajaan, persatuan pengguna dan sebagainya. Ditambahkan pula, ahli-ahli mendapat manfaat dan faedah berkenaan dengan produk dan bahan-bahan yang digunakan untuk membuat sesuatu produk kecantikan.

 c.       Persatuan Komestik Asean

Persatuan Komestik ASEAN , terdiri dari penyertaan pelbagai jenis negera yang mempunyai misi dan matlamat untuk memastikan barangan komestik mengikut peraturan yang telah diperuntukan. Pada Februari 2001, Persatuan Kometik Asean telah memutuskan untuk menjalankan program bersama dengan pelbagai jenis Negara-negara Asean untuk memastikan keseimbangan didalam penguatkuasaan peruntukan peraturan komestik.

Untuk GMP Komestik, Malaysia telah dpilih untuk mengetuai sidang Negara-negara Asean; manakala untuk kualiti keselamatan sesuatu produk komestik diketuai oleh Singapura; dan untuk Saintifik Asean Committee, diketuai oleh Negara Thailand. CTFAS is proud to advise that they have submitted a proposal entitled “Safety Evaluation/ Post Market Surveillance Guidelines” to the Singapore Health Sciences Authority last June 2001.

  1. d.      Bahagian Perkhidmatan Farmasi ( Kementerian Kesihatan Malaysia)

Matlamat Perkhidmatan farmasi adalah untuk menyumbang perkhidmatan yang terbaik bagi menjamin kesihatan yang terbaik untuk bangsa. Perkhidmatan ini juga untuk memastikan perkhidmatan farmasi secara dinamik yang mementingkan dan mengutamakan integriti, profesionalisma dan kecermelangan yang menumpukan kepada cita-cita dan cabaran kepada bangsa khususnya rakyat Malaysia.

Objektif perkhidmatan ini juga adalah untuk memastikan produk-produk farmasi yang dipasarkan merupakan produk yang selamat dari segi kualiti termasuklah produk-produk komestik yang dipasarkan selain daripada ubat-ubatan. Selain daripada memastikan produk-produk farmasi yang merangkumi ubat-ubatan dan juga komestik dalam kualiti yang selamat digunakan. Perkhidmatan ini juga turut memastikan pembuatan, pembekalan, penjualan, pengurusan dan pengunaan barangan farmasitikul, komestik dan produk penjagaan kesihatan lain dijalankan mengikut peraturan dan kenun undang-undang yang sepatutnya seperti berikut:-

  1. Akta Racun Act 1952 (Revised 1989) dan Peraturan-peraturan.
  2. Akta Penjualan Dadah 1952 (Revised 1989) dan peraturan-peraturan.
  3. Akta ubat-Ubatan (pengiklanan dan penjualan) 1956 (Revised 1983) dan peraturan-peraturan.
  4. Akta Pendaftaran Farmasi 1951 (Revised 1989) dan peraturan-peraturan.
  5. Akta Dadah Berbahaya 1952 (Revised 1980) dan peraturan-peraturan.

Disamping itu, perkhidmatan ini juga memastikan pesakit-pesakit menjalani rawatan di klinik-klinik kesihatan untuk mendapatkan “Total Pharmaceutical Care”. Selain daripada itu, ianya juga memastikan orang awam mendapat ilmu pengetahuan berkaitan dengan penggunaan ubat-ubatan yang digunakan.

  1. e.       Peraturan-Peraturan Kawalan dadah dan Komestik  1984

Berdasarkan kepada peruntukan undang-undang yang dinyatakan sebelum ini, peruntukan undang-undang dibawah Peraturan-peraturan Kawalan dadah dan komestik 1984, merupakan undang-undang yang mengawal pengunaan produk komestik secara khusunya. Daripada tahun 2002 sehingga tahun 2007,  kawalan terhadap produk-produk komestik ini dikawal dengan pendaftaran sesuatu produk oleh syarikat-syarikat yang ingin memasarkan produk terbabit.  Dimana, syarikat-syarikat-syarikat terbabit dikehendaki untuk mengemukakan kandungan secara khusus berkenaan dengan produk yang hendak dipasarkan.

Bukan sahaja, kandungan produk tersebut dikemukan malahan syarikat terbabut dikehendaki mengemukakan juga sebarang sijil-sijil pengesahan berkenaan dengan produk kecantikan tersebut dan apabila telah disahkan NPCB akan mendaftarkan produk-produk berkenaan.

Kajian Kes

Jika dilihat dan diteliti, isu berkenaan dengan kecantikan ini telah mengakibatkan wanita yang menginginkan kecantikan itu mengunakan pelbagai cara bagi memastikan kecantikan yang didambakan dan diidamkan diperolehi sekaligus memuas hati wanita yang memang tidak dapat dipisahkan dengan kecantikan. Tetapi, telah jelas dan nyata bahawa kecantikan itu boleh memakan tuannya sendiri.

Contoh-contoh kes: analisis mangsa produk kecantikan

  1. a.      Maut sedut lemakHarian Metro, 26 Mac 2009 

Pada tarikh 26 Mac 2009, rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan berita kematian seorang pengarah syarikat selepas menjalani rawatan membuang lemak di sebuah pusat kecantikan terkemuka di Ampang. Mangsa dikenali sebagai  Noraini Mohd Ghazali, 30, yang menjalani rawatan lebih 14 kali di pusat kecantikan itu sejak tahun lalu meninggal dunia ketika menjalani rawatan susulan untuk menghilangkan rasa sakit pada pinggul Ianya dipercayai kesan penggunaan ubat-ubatan yang digunakan.

Beliau disahkan meninggal dunia beberapa jam selepas menerima suntikan daripada doktor di Pusat Kecantikan terbabit. Pada tarikh kejadian Noraini ditemani kakak angkatnya, Misha Abu Bakar, 46, pergi ke pusat terbabit kira-kira jam 3 petang bagi mendapatkan rawatan susulan terbabit.Merujuk kepada keterangan dan penyataan yang diperolehi, Noraini telah menjalani rawatan pembuangan lemak sejak beberapa bulan yang lepas, difahamkan Noraini pernah menjalani proses pelangsingan iaitu menyedut lemak pada punggung sebelum mengadu sakit pada pinggul dan disebabkan kesakitan itu Noraini telah ke Pusat Kecantikan terbabit bagi mendapatkan rawatan susulan. 

Selepas beberapa jam menunggu, Misha, berasa tidak sedap hati sebelum meminta seorang pembantu pusat kecantikan itu menghubungi doktor untuk bertanyakan keadaan adik angkatnya itu. Ditambahankan pula, Noraini hanya mendapatkan rawatan susulan dan bukannya membuat pembedahan. Kemudian, pihak kakitangan pusat kecantikan terbabit telah mengesahkan bahawa Noraini meninggal dunia.

Malahan, kematian bekas ratu cantik Argentina, Solange Magnano akibat masalah embolisme atau kehadiran darah beku dalam paru-paru (yang berasal dari bahagian dibedah) selepas menjalani pembedahan sedut lemak hujung tahun lalu juga mendapat liputan seluruh dunia.

Pembedahan sedut lemak atau Liposuction bermaksud Membuang lemak daripada badan melalui kaedah sedutan. Kaedah ini sangat popular dikalangan para wanita yang ingin memiliki tubuh badan yang ramping dan ideal. Kaedah liposuction amat berbahaya untuk sekiranya ia tidak dilakukan oleh pakar. Sekiranya ingin melakukan pembedahan sedut lemak, hendaklah memastikan seseorang itu mempunyai tahap kesihatan yang memuaskan, mempunyai lemak degil yang masih tidak hilang walaupun mengamalkan diet yang sempurna dan bersenam dan mempunyai berat badan yang berlebihan sedikit dan kulit yang kenyal dan tegang.

Bagaimana proses ini berlaku?

Sebelum proses ini dilakukan, kawasan bawah kulit akan disuntik dengan ubat pelali terlebih dahulu. Kemudian, pembedahan kecil akan dilakukan unyuk memudahkan proses penyedutan lemak yang bakal dilakukan. Dan, sebuah tiub kecil yang berfungsi sebagai penyedut dimasukkan ke dalam lapisan kulit melalu laluan yang telah dibuat semasa pembedahan kecil tadi. Lemak akan disedut menggunakan pam atau picagari melalui tiub tersebut.

Proses penyembuhan pembedahan liposuction.

Jika pembedahan yang dilakukan adalah sedikit sahaja, proses penyembuhan akan berlaku dengan cepat. Jika sebaliknya, ia memerlukan masa beberapa minggu untuk anda berehat dari melakukan aktiviti berat. Antibiotik yang berterusan diperlukan semasa proses penyembuhan untuk mengelakkan jangkitan kuman pada tempat sedutan lemak tersebut.

Kesan-kesan sampingan liposuction

Seperti yang diketahui, pembedahan ini agak berisiko. Mungkin ia kurang berisiko bagi mereka yang melakukan pada kadar yang sedikit. Dimana hanya akan mengalami kebengkakan dan kebas pada bahagian lemak yang disedut. Selain itu, parut akan timbul pada bahagian pembedahan dan juga kulit pada bahagian lemak yang dibuang akan menjadi longgar selamanya. Tambahan pula, berlaku pertukaran warna kulit pada bahagian tersebut, saraf pada bahagian tersebut juga akan rosak dan kulit menjadi tidak sekata.

Manakala, bagi yang melakukan penyedutan dalam kuantiti yang banyak, kemungkinan besar akan berlaku kejutan kerana kehihlangan darah dan bendalir badan yang banyak semasa pembedahan, lemak atau darah beku pula akan bergerak ke bahagian paru-paru yang mengakibatkan salur darah ke paru-paru akan tersumbat dan boleh mengundang kematian secara mengejut. Selain itu, berlaku pengumpulan air di dalam paru-paru akibat jumlah cecair yang dimasukkan ke dalam badan secara berlebihan dan juga kesan toksik dari ubat pelali yang digunakan

  1. b.      Derita wajah menggerutuHarian Metro, 10 Julai 2007

Di Melaka tertarik dengan ‘kehebatan’ iklan barangan kosmetik keluaran tempatan, seorang wanita terpaksa menanggung derita apabila wajahnya bertukar hodoh selepas enam bulan menggunakan krim pencuci muka keluaran syarikat itu. Ibu dua anak, Nor’aini Mohamad Hashim, 29, dari Limbongan di sini, menggunakan tiga jenis krim pencuci berkenaan sejak pertengahan Januari lalu. Akibatnya, wajahnya kini mengelupas, menggerutu dan dipenuhi bonjolan kemerah-merahan serta bernanah.Lebih malang, dia kini hidup dalam keadaan tertekan akibat disindir masyarakat sekelilingnya.

Nor’aini, kini tertekan dan malu dengan sindiran orang ramai yang melihat mukanya yang menggerutu itu.Malahan, turut menyatakan kini mendapat gelaran ratu kepada produk yang digunakannya itu. Menurutnya, ia bermula selepas dia membeli satu dua set krim pencuci berkenaan yang berharga RM210 daripada wakil jualan syarikat itu di sebuah pusat beli-belah di bandar ini. Set itu mengandungi krim pembersih, penjagaan, kelegaan dan tiga botol krim untuk kegunaan sebelah malam. Noraini memaklumkan menggunakan set pertama dan selang beberapa minggu kulit muka mengeluarkan bonjolan kecil.

Perkara ini dimaklumkan kepada pihak yang bertanggunjawab iaiti wakil jualan produk tersebut dan tetapi dinyatakan  ianya merupakan tindak balas bahan berkenaan untuk mengeluarkan jerawat.Wakil syarikat itu turut menyarankan beliau menggunakan krim kelegaan, pembersih dan penjagaan untuk mendapatkan kulit yang bebas daripada jerawat. Disebabkan mahu kecantikan yang didambakan, Noraini membeli krim terbabit dan mengunakan krim itu enam bulan dan sudah menghabiskan lebih 10 botol krim kelegaan bersaiz 10 mililiter, setiap satu berharga RM46.

Namun, keadaan kulit mukanya bertambah teruk, tetapi wakil penjual itu terus mengesyorkan dia menggunakan bahan itu. Disebabkan kulit muka yang bertambah teruk, Noraini telah  berhenti menggunakannya. Tindakan telah diambil dengan merujuk kepada doctor pakar kulit dan memfailkan tuntutan menenrusi Tuntutan Pengguna Malaysia.

Kesimpulan

Wanita memang tidak dapat dipisahkan dengan kecantikkan ingin kelihatan awet muda, mempunyai berat badan yang menarik atau tampil langsing dan sihat sentiasa. Bagi wanita bekerjaya terutamanya, golongan ini mengambil berat soal kecantikkan, tetapi kebiasaanya terperangkap dalam tingkah laku sendiri sehingga aspek penting yang membawa kepada kecantikan diketepikan begitu saja.

Apakah punca wanita bekerjaya kurang member perhatian terhadap soal pemakanan iaitu aspek paling penting berkaitan soal kecantikan. Akibat sibuk corak pemakanan seharian pasti berubah daripada amalan yang biasa dilakukan sehingga tiada masa untuk bersarapan tetapi makan banyak ketika makan tengah hari dan malam. Oleh sebab kesibukan juga ada yang lebih senang membeli sahaja makanan tanpa memerhatikan sama ada ia cukup berzat atau sebaliknya.

Natijahnya akan muncul riak wajah murung apabila menyedari wajah tidak lagi halus, badan tidak lagi langsing, manakala kesihatan pula menjadi tidak menentu. Pada masa sama timbul juga tekanan dan keletihan, menyebabkan perasaan tidak tenteram sehingga menjadi pemarah dan mood pula berubah-ubah.

Ini antara cabaran wanita berkerjaya tetapi jika mengamalkan kaedah pemakanan betul, bagi wanita bekerjaya adalah disarankan mengamalkan prisnip pemakanan yang sebaiknya seperti nikmati pelbagai jenis makanan, kekalkan berat badan sihat, makan produk bijirin dan kekacang, kurangkan lemak dan kolestrol, kurangkan pengunaan gula dan minum banyak air. Walaupun sukar untuk mengamalkan prinsip pemakanan tersebut ianya adalah lebih berkesan daripada mengambil sebarang produk kecantikan seperti pil yang menjadi ikutan kebanyakkan wanita yang inginkan badan yang ramping dan langsing.

Adalah juga dicadangkan agar setiap wanita yang ingin mencuba sesuatu produk kecantikan mendapat nasihat pakar terutamanya yang melibatkan produk pelansingan badan yang kini mempunyai banyak bahan-bahan kimia yang berbahaya.  Selain daripada itu, adalah dicadangkan juga satu hukuman yang maksimum dan seberatnya dikenakan ke atas pesalah yang melanggari peruntukkan undang-undang yang telah digariskan. Ini kerana kes berkaitan produk kecantikan memberbahaya ini boleh dikatakan setiap hari atau pun secara purata seminggu sekali lapuran mengenai produk kecantikan ini dilapurkan.

Ini menunjukkan, bahawa peruntukkan undang-undang yang digunapakai sekarang tidak memberikan impak secara maksimum kepada pesalah dan masyarakat secara amnya disebabkan pekara tersebut, dilihat kesalahan ini semakin kerap berlaku.

Oleh : 
Ifa Sirrhu Binti Samsudin
Penasihat Undang- Undang Negeri Melaka

You can skip to the end and leave a response. Pinging is currently not allowed.

3 Responses to “Liabiliti Produk Kecantikan: Analisis Mengenai Mangsa (Wanita)”

  1. fazzilah says:

    informasi yang sangat bagus dan berguna. semoga dapat membuka hati kaum wanita agar lebih berhati-hati dan tidak terlalu obses untuk cantik. cantik yang semulajadi kerana amalan wudhuk adalah yang terbaik..

  2. manjalara says:

    best artikal ni. penuh informasi. kecantikan dan wanita tidak dapat dipisahkan. Ungkapan inilah yang mengundang padah kepada wanita kerana pengusaha-pengusaha produk kecantikan akan mengambil kesempatan di celah-celah kesempitan kehendak diri wanita itu dengan menggunakan bahan-bahan yang membahayakan diri wanita. Rasanya kita semua pun sukar untuk bergerak aktif tanpa calitan deodorant ditubuhkan? wanita juga berasa gusar dan kusam serta pucat tanpa calitan gincu pelbagai warna di bibir. minyak wangi adalah antara barang yang sentiasa ada di dalam beg tangan wanita ke mana pun ia pergi. belum lagi dikira alat-alat solek yang murah dibeli dipasar malam atau gerai-gerai. ini semua bakal mengundang padah kepada wanita dan lebih malang lagi, wanita juga akan mengandung dan kesan bahan-bahan kimia ini akan turut memberi impak kepada bayi yang dikandung. sama-samalah kita renungkan dan selamat beramal.

  3. zact says:

    salam,informasi yg sgt baik bg pengguna produk kesihatan dan kecantikan. namun begitu kementerian kesihatan juga perlu memainkan peranan kepada pengeluar produk kosmetik/kesihatan yg melanggar etika dan bukan pada penjual/pengedar. apa yg lagi malang ialah kerugian barang yg telah diambil oleh pengeluar.. barang berikut x dapat dikembalikan dengan wang,malah di bebani dgn rampasan serta saman dr pihak KKM. saya harap kementerian kesihatan mengambil berat terhadap isu ini. terima kasih

Leave a Reply


Powered by WordPress and WordPress Themes, thanks to Live Jasmin

Videos, Slideshows and Podcasts by Cincopa Wordpress Plugin