CARA UNTUK MENANGANI ANAK YANG NAKAL

Number of View: 27538

Apa akan kita buat apabila kita pulang ke rumah selepas penat bekerja, anak kita akan terus membuat semak rumah dengan mainan dan peralatan lain yang boleh dianggap sebagai mainan ataupun semasa kita sedang memandu, anak kita mengganggu kita atau apa sahaja perbuatan yang boleh membuatkan kita marah dan terus menengking mereka. Jawapannya mungkin kita akan marah dan tengking anak kita. Jika kita kata “JANGAN” mereka lagi akan buat perkara yang sama. Perkataan JANGAN ini seperti tidak “makan” pada diri mereka. Contoh : Jangan main gunting nanti luka jari!, Jangan lompat nanti jatuh!

Saya amat menyokong fakta yang mengatakan sifat anak-anak pada usia bawah 6 tahun sangat-sangat dipengaruhi oleh apa yang dilihat dan didengar pada setiap hari. Ini kerana, apa sahaja yang dilihat dan didengar setiap hari ia seperti suatu pembelajaran bagi anak tersebut dan ia tersemat ke otak. Contohnya : Mereka suka menyebut perkataan “bodoh” tapi tidak tahu maknanya. Mereka juga suka meludah atau menjelirkan lidah seperti mengejek kita tapi tidak tahu sebabnya.

Ini bermaksud, seorang anak itu boleh menjadi baik kerana dia meniru dan mencontohi, perlakuan dan pertuturan daripada orang-orang yang baik yang dijumpainya pada setiap hari.

Begitu juga sebaliknya, seorang anak itu boleh menjadi nakal kerana dia meniru dan mencontohi, perlakuan dan pertuturan daripada orang-orang yang ‘kurang’ baik yang dijumpainya pada setiap hari.

Oleh itu, satu cara untuk menangani anak-anak yang nakal ialah dengan menjauhkan anak ini daripada individu-individu yang memberikan pengaruh negatif kepada sifatnya. Semakin lama anak nakal ini bersama dengan individu tersebut, maka semakin banyaklah sifat negatif orang itu yang akan diserap ke dalam dirinya.

Mungkin juga fakta yang mengatakan setiap sifat yang terbentuk dalam diri anak-anak pada usia 0-6 tahun akan dibawa seumur hidupnya adalah benar. Fakta ini bukan sahaja kajian daripada Barat. Malah ia turut diakui dalam Islam. Sebab itu, pendidikan yang betul di peringkat umur ini sangat penting dan tidak harus diabaikan sama sekali.

Jadi, apakah tindakan yang harus dilakukan?

Langkah 1: Periksa siapakah orang-orang yang biasanya dijumpai oleh anak-anak ini pada setiap hari.

Sekiranya anda menghantarnya ke rumah pengasuh, periksa setiap individu dalam rumah tersebut (pengasuh, ahli keluarga pengasuh dan kanak-kanak lain yang diasuh), adakah terdapat orang-orang yang membawa unsur negatif ini.

Jika ada, seboleh-bolehnya usahakan untuk mencari tempat pengasuhan yang lain kerana perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Biar bersusah hari ini untuk mencari pengasuh yang baik, daripada kita menangis di kemudian hari kerana anak tidak mahu menjadi baik.

Langkah 2: Ubah cara pendekatan anda dengan anak-anak ini.

Asasnya, anak-anak banyak sekali mencontohi dan meniru sifat ibubapa. Sekiranya ibubapa telah memberikan sifat negatif (secara sedar atau pun tidak), maka ibubapa tidak ada pilihan lain melainkan membuat sedikit inisiatif untuk BERUBAH.

Apabila kita memarahi anak pada usia ini dengan nada menengking, menjerit, memaki, mengejek, merotan, mencubit, menjentik dan seumpamanya, hati anak yang asalnya lembut akan menjadi semakin keras. Dia akan menunjukkan pelbagai cara pemberontakan kerana kesakitan yang dialami di dalam hati dan secara fizikal. Semakin kerap ibubapa memarahi mereka, maka semakin kuat lah pemberontakan mereka.

Anak-anak pada usia ini tidak “makan” dengan cara seperti ini. Ia mungkin hanya berkesan untuk beberapa ketika sahaja. Tetapi cara ini tidak berkesan untuk mendidik sifat baik yang berpanjangan di dalam diri mereka.

Untuk anak-anak yang nakal, jika mereka melakukan kesalahan, dekati anak, dakap anak, peluk anak, cium anak, sayang anak, dudukkan anak di atas pangkuan, dan berilah nasihat secara HIKMAH. Ceritakan pada mereka apa yang mereka buat tadi adalah salah dan apa yang mereka boleh lakukan untuk membetulkan kesilapan tadi.

Apabila mereka lakukan kebaikan, walaupun tidak sempurna, (contohnya: anak mahu lap air yang tumpah, tetapi cara lap nya menyebabkan air semakin berselerak), ibubapa MESTI tunjukkan penghargaan. Apabila pujian diberikan, pasti anak akan gembira untuk melakukan perkara yang baik lagi di masa akan datang.

Ibubapa bukan sahaja perlu mendekati anak-anak sewaktu mereka melakukan kesalahan sahaja, sebaliknya, carilah peluang untuk membuat pelbagai aktiviti bersama anak-anak. Seperti bermain, membaca, mewarna dan sebagainya. Anak-anak pada usia ini sangat suka apabila ada orang dewasa menyertai aktiviti mereka, kerana mereka mempunyai keinginan yang sangat tinggi untuk belajar apa sahaja perkara baru daripada orang dewasa.

Apabila ibubapa rapat dengan anak-anak, maka kerja untuk mendidik akhlak dan sifat yang terpuji di dalam diri anak-anak menjadi lebih mudah. Anak pada usia ini akan taat dan hormat kepada orang yang banyak menunjukkan keprihatinan kepada mereka.

Untuk menghasilkan sifat yang terpuji dalam diri anak-anak, ibubapa perlu sentiasa menunjukkan sifat yang terpuji di hadapan mereka.

Jika mahu anak mematuhi perintah Allah, ibubapa perlu patuhi perintah Allah terlebih dahulu.

Jika mahu anak taat kepada ibubapa, ibu perlu taat pada perintah bapa dahulu.

Jika mahu anak pandai ucap terima kasih, ibu dan bapa perlu selalu ucap terima kasih kepada mereka dan sesiapa sahaja.

Jika mahu anak mengeluarkan kata-kata yang sopan, ibu dan bapa perlu berkata perkataan yang baik sahaja di hadapan mereka atau sesiapa sahaja.

Jika mahu anak-anak meminta maaf selepas melakukan kesalahan, ibu dan bapa perlu selalu saling meminta maaf  sesama mereka dan tidak salah jika ibubapa meminta maaf kepada anak-anak juga.

Bila ibubapa mula menunjukkan sifat yang baik, sedikit demi sedikit anak akan menirunya dan sifatnya akan mula berubah. Kalau bukan hari ini, mungkin esok.Kalau bukan esok, mungkin lusa.Dan kalau bukan lusa, mungkin minggu depan atau bulan depan atau tahun depan.

Yang penting, terus lakukannya dengan istiqamah dan terus panjatkan doa kepada Allah swt dengan keyakinan yang kuat bahawa suatu hari nanti pasti anak ku akan berubah.

Yakinlah wahai ibubapa, setiap ciuman yang diberikan kepada anak dan sekelumit kesabaran dalam mendidik mereka, mempunyai NILAI yang sangat besar di sisi Allah swt.

Saya juga bukan sahaja mengingatkan anda malah diri saya sendiri terutamanya, mendidik anak-anak memerlukan kesabaran yang amat tinggi dan kenakalan mereka menggugat kesabaran kita pada setiap tikanya. Oleh itu, kita sebagai ibubapa haruslah bersabar dari menahan kemarahan terhadap anak kita.

 

Dipetik dan disunting daripada artikel :
CARA UNTUK MENANGANI ANAK YANG NAKAL
Sumber :http://anakkusoleh.com

oleh :

Azaharin bin Roslan
Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri
Perak Darul Ridzuan

You can leave a response, or trackback from your own site.

25 Responses to “CARA UNTUK MENANGANI ANAK YANG NAKAL”

  1. supiaini says:

    best sgt..TQ for info..

  2. nor says:

    artikel yang sangat bagus ketika saya sedang mencari-cari pendekatan terbaik mendidik anak yang sedang membesar..terima kasih.

  3. deens says:

    memuji anak juga perlu dari hati yang ikhlas…peribahasa “kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi” mmg terpakai

  4. Siti Zaleha says:

    Assalamualaikum, satu petua dan panduan yang bagus untuk mendidik anak zaman moden.

  5. julaiha says:

    bawa kesedaran coz selama ni mmg sll tegur guna suara tinggi bila anak2 buat nakal.

  6. yani says:

    TQ. info yg amat saya perlukan…

  7. Jep says:

    Saya setuju dengan artikel diatas. Orang kata ‘Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya’ dan selalunya orang akan terlupa pada phrasa ‘melentur’ yang sebenarnya sama atau lebih penting daripada rebungnya.

  8. Anonymous says:

    Im glad to see this informative article. Thanks for such helpful and useful post.

  9. Anonymous says:

    I found here something new and interesting. Thanks

  10. Anonymous says:

    very good article….

  11. Anonymous says:

    I seriously like your blog site layout it really is incredibly wonderful and clear, uncomplicated to study.

  12. Anonymous says:

    Thanks I loved this

  13. Anonymous says:

    perfect

  14. Roha says:

    Terima kasih…artikel yang memberi manfaat dan kesedaran kepada ibubapa dalam mendidik anak..YA!dalam mendidik anak-anak ni perlu kepada kesabaran yang sangat tinggi dan inilah ujian terhadap kita yang bergelar ibu dan bapa…

  15. ZIE says:

    artikel yg membantu….tapi bab nak cr pengasuh bru 2 ssah skt sbb sye bg mak mertua jge ank.rmh saudara mara smua berhampiran.sepupu2 anak saya rmai yg sebaya.jd ssah nk halang mereka berkawan….

  16. Aishah says:

    tq ..nasihat yg baik ..bagaimana nak menangani masalah anak yg masih bersekolah menengah telah mengambil rokok.tq

  17. ct says:

    Salam…saya xtahu bagai mana nak lembut kan hati anak..nakal nya menjadi kan Sy mgeluar kan kata yg bukan2..tolong lah Sy mcmana nak hadapinya

  18. artikel ini sangat menarik hati saya.
    Mediabebas.tk

  19. Iga says:

    Terima kasih banyakx2 koz ni btlx2 mengajar sy bagaimana mengajar anakx2 yg betul selama ni sy suka menengking

  20. alpha lipid says:

    kita kena kerap berdoa, untuk kurangkan perasaan marah

  21. Ani Mulyani says:

    Terima kasih informasinya

  22. azyan izzati says:

    artikel yg sangt bgus dan menrik,,
    saya blum brkhwin dn bru leps mnddki spm,,
    saya sgt brmint dlm bidg pndidin awl kank-kank dn skrg sy sdg bkrja di tdika,,
    sy ykin, artikel ini sgt mmbntu saya,, trima kasih

  23. asyik says:

    Maklumat yang amat berguna.

  24. mama mira says:

    Artikel yang sangat berguna kepada semua yang ingin mencari penyelesaian kpd permasalahan anak nakal terutama saya sendiri.
    Terima kasih untukinfo menarik ini.
    Izinkan saya berkongsi artikel menanggani anak nakal ini.
    Buat kawan2 di luar sana, saya ingin menjemput anda ke website saya di mana kini kita di dunia IT
    http://www.mamabestfriends.com/
    Salam

  25. Antono says:

    Ini adalah artikal yang sangat baik dan bergina kepada ibubapa seperti saya dalam menghadapi cabaran membesarkan anak – anak, terima kasih segala yang terdapat dalam artikal ini tampa ragu-ragu akan saya praktik segera.
    Salam terima kasih.

Leave a Reply


Powered by WordPress and WordPress Themes, thanks to Live Jasmin

Videos, Slideshows and Podcasts by Cincopa Wordpress Plugin