PESAN BONDA BUAT PUTERINYA

Number of View: 4893

(Salam sejahtera : Salam Bonda buat semua Puterinya)

Puteriku,
Permata Ayah Bonda
Kumahu kau sentiasa bersinar cemerlang di mana jejakmu bertapak ! 

Puteriku,
Hiasi wajah lembutmu,
Dengan kesabaran dan ketabahan,
Bukan dengan pesona kosmetika !

Puteriku,
Kumahu kau duduk bersimpuh malu dengan susila
Namun,
Berdirimu ampuh dengan unggul peribadi !

Puteriku,
Kuizinkan kau mengorak langkah,
Dengan lenggok budaya Timur,
Dengan kalimah syahadah pengisi jiwa !

Namun,
Kutegah sama sekali kau menukar tempo,
Melawan arus budaya bangsa,
Menyentap tali agama !
Ingat !
Beban Negara terletak di bahumu jua, Puteriku !

Kuwasiatkan pesanan ini buat Puteriku semua,
Sebelum kututupi pandanganku terhadap alam kurnia-Nya ……
Kuharap kau bisa menjadi wanita rupawan dengan akal, budi dan peribadi !

Nukilan
Rafiah Yusof
Pej. Penasihat Undang-Undang Negeri
Kedah Darul Aman.

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply


Powered by WordPress and WordPress Themes, thanks to Live Jasmin

Videos, Slideshows and Podcasts by Cincopa Wordpress Plugin