Number of View: 40

PERTARUNGAN SENGIT

Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 pada 5 Mei 2013 telah berjalan dengan aman dan tenteram tanpa sebarang kejadian besar yang tidak diingini berlaku. Walaupun pada awalnya pihak media melaporkan tentang adanya cubaan sesetengah pihak untuk menimbulkan kekacauan dan huru-hara, namun kejadian-kejadian yang berlaku hanyalah dalam skala yang kecil dan dalam keadaan terkawal.

Transformasi perundangan kerajaan telah memperuntukkan undang-undang yang cukup bagi mengawal keamanan dan ketenteraman awam sepanjang tempoh pembubaran Parlimen, berkempen dan hari mengundi berlangsung. Antaranya termasuklah Kanun Keseksaan, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan Akta Perhimpunan Aman 2012.

PRU ke-13 merupakan pilihan raya yang paling sengit dalam sejarah pilihan raya di Malaysia dan banyak pihak mengklasifikasikannya sebagai ‘Mother of all Battles’. Pertarungan utama adalah untuk menentukan siapakah yang bakal menjadi Perdana Menteri. Barisan Nasional (BN) telah mempertahankan Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri manakala pihak Pakatan Rakyat (PR) merangkumi parti PKR, PAS dan DAP telah menonjolkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri sekiranya PR membentuk Kerajaan Persekutuan.

Keputusan pilihan raya menunjukkan BN menang majoriti mudah dengan memperoleh 133 kerusi Dewan Rakyat berbanding PR memperolehi 89 kerusi Dewan Rakyat. Kemenangan ini melayakkan BN menubuhkan Kerajaan Persekutuan yang baharu untuk tempoh yang seterusnya.

Di peringkat negeri pula, pihak BN telah berjaya menawan semula Kedah daripada PR di samping mengekalkan kemenangan di Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu dan Sabah. Pihak PR pula telah berjaya mempertahankan Negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan yang dimenangi semasa PRU ke-12 pada tahun 2008.

Read the rest of this entry »

Number of View: 126

1.   PENGENALAN.

Akhbar dan masyarakat tidak dapat dipisahkan. Akhbar sebagai penyalur informasi kepada pembacanya dan mempunyai pertalian erat dengan masyarakat dan sistem sosialnya. Pertalian ini adalah merupakan satu keperluan yang positif lebih-lebih lagi dalam konteks negara Malaysia yang mengamalkan prinsip demokrasi dan mempunyai rakyaat yang berbilang kaum. Perpaduan dan keharmonian kaum adalah sangat penting dan diberikan keutamaan bagi menjamin kestabilan politik, ekonomi dan keselamatan negara. Akhbar mencerminkan secara meluas ciri-ciri masyarakat berbilang kaum dan agama serta kepercayaan di Malaysia. Berbagai akhbar yang diterbitkan mengikut kaum-kaum yang menjadi warganegara di Malaysia. Kaum Melayu, Cina dan India mempunyai akhbar masing-masing. Serentak dengan itu juga, akhbar bertanggungjawab di dalam memastikan hak setiap kaum dilindungi dan dipertahankan. Akhbar berperanan mengikut kepentingan kaum dan merupakan salah satu wadah untuk menyampaikan maklumat berkenaan dengan hak-hak sesuatu kaum, perjuangan perkauman dan pendapat kepada pembaca berkenaan isu-isu semasa yang berlaku samada di dalam atau di luar negara.

Menurut Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abd. Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia semasa memberikan ucapannya pada 24 Julai 2007 sempena Malam Hadiah Kewartawanan Malaysia 2007[1],

masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan adalah instrumental dalam menjayakan cita-cita kita untuk membina sebuah negara bangsa yang bersatu padu seperti yang dihasratkan oleh Wawasan 2020 dan Misi Nasional”.

Read the rest of this entry »

Number of View: 49

Some might say that for Section 15(1)(a) cases, so much fuss has been laced into such a simple and unassuming offence. Having said that, it must be remembered that the bulk of criminal cases are met at the Magistrate’s Court and of those, cases of ‘self-administration’ are in huge numbers. Therefore, issues and problems surrounding the Law needs to be looked at seriously and must be dealt with so as to avoid any current and future difficulties in Courts for our Officers.

Section 15(1)(a) of the Dangerous Drugs Act deals with the offence of the consumption or more aptly put, the self-administration of any dangerous drug. The best and easiest way to prove this offence would by all means be by way of direct evidence that is to say, through evidence of a witness who saw the Accused administer or consume the drug. Having so figured that attaining such evidence would be a grim and almost impossible feat, Parliament has made it easier by way of a gift of ‘presumption’. But is it really as simple as it appears on paper?

This apparently is not the case. Circumstances, situations, regulations and lawyers have made proving offences under the Section a tougher upheaval. Through all simplicity, the presumption given under the Act is through that of Section 37(k) which ultimately conveys the following:

Read the rest of this entry »

Videos, Slideshows and Podcasts by Cincopa Wordpress Plugin